Saturday, 21 December 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru BangiSelangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia(PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.
Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings.



Chini Lake Legend

Sejak dari dahulu lagi kisah naga di Tasik Chini sering menjadi sebutan sehinggalah sekarang. Kisah naga terlalu sinonim dengan tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera iaitu Tasik Chini. Beratus tahun telah berlalu, namun lagenda ini masih terus melingkari penduduk setempat. Pelbagai kisah telah diceritakan berkaitan misteri di kawasan ini. Walaubagaimanapun, kita tidaklah diminta untuk mempercayainya seratus peratus. 




Highland Tower

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.


Rumah Nenek

Pada saat hiburan saya dan keluarga meluangkan waktu untuk pergi ke rumah nenek di sg tekam, Pahang. Di sepangjang perjalanan aku serta keluarga kecilku sangat menikmati perjalanan . beberapa lama kemudian kami hendak singgah istrahat di sebuah pinggir pantai di daerah tekam di Jerantut  di pantai tersebut aku sangat menikmati suasana alam yang sangat indah suara kicauang burung yang melambangkan seakan akan aku ikut terbang bersamanya .menikmati keindahan alam sekitar . . ayah dan ibu pun memanggilku untuk meminum air kelapa segar untuk melepaskan dahaga . tidak lama kemudian kami pun bergegas pergi untuk meneruskan perjalanan . sekitar 3 jam kami tiba di kediaman nenek .keluarga di sana pun menyambut kami dengan bahagia. Setelah tiba di sana aku dan adik langsung pergi ke kebun salak nenek. Di sana saya dan adik memetik buah salak yang sudah dapat di petik, di sisi lain kami berfoto sebagai kenang kenangan . hari keduanya saya dan keluarga pergi ke suatu tempat wisata sekitar beberapa km dari rumah nenek . sesampainya di sana saya beserta keluarga  langsung menikmati keindahan dari wisata tersebut , tapi yang terpenting adalah  bersama keluarga .. aku bersama adik  keliling mengunjungi tempat tersebut sambil mengambil gambar …. Suasana di sana sangat indah dedaunan yang berwarna hijau melambankan hati yang cerah suara kicauan burung melambangkan hati yang gembira . rasanya senang sekali dapat berkumpul kembal bersama keluarga yang ada di sana . 

Beberapa jam kemudian kami pun kembali ke rumah nenek ,setelah sampai di sana kami mendapat kejutan. Tanpa mengulur waktu kami langsung menyatapnya dengan lahap , malam telah tiba, nenek menceritakan asal mula suku mandar sebagai pengantar tidurku. Ke esokan harinya. Saya  beserta ayah,ibu dan adik lekas pulang kembali ke bandar rasanya sungguh sangat berat meninggalkan tempat yang indah ini. Namun apa daya bapa dan ibu harus kembali untuk melaksanakan tugasnya sebagai pegawai kerajaan. Kami pun melambai kepada nenek beserta keluarga di sana….. semoga liburan semester nanti saya bias kembali ke kampung ini



Itulah pengalaman liburan saya semasa hari libur .

Friday, 20 December 2013

Pejuang Merdeka

tanggal 31 ogos 1957 merupakan hari sejarah negara Malaysia yang saya maksudkan itu ialah hari negara kita mencapai kemerdekaan. semua di sekolah di Malaysia pasti akan menyambut Hari Kemerdekaan. sekolah saya juga tidak terkecuali untuk menyambut hari tersebut.

sekolah saya telah mengadakan pelbagai acara sebelum tarikh kemerdekaan. aktiviti itu telah diadakan sepanjang bulan Ogos. antaranya ialah pertandingan mewarna, melukis poster, mendeklamasi sajak dan pelbagai lagi.

pada acara kemuncak pula, sekolah saya mengadakan acara penutup bagi sambutan hari kemerdekaan. pada hari itu juga guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang yang menjuarai dalam setiap aktiviti yang dipertandingkan.

pihak sekolah juga telah mengadakan acara berkhawat bagi memeriahkan lagi acara. badan uniform sekolah telah berarak dari pintu pagar utama hingga ke padang.

sambutan kemerdekaan telah diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik. saya berasa sangat gembira kerana sambutan ini telah mengingatkan saya dengan jasa-jasa pejuang terdahulu yang berjuang mempertahankan negara pada suatu masa dahulu. saya berasa bangga dengan perjuangan dan pengorbana mereka.

saya berharap agar sambutan hari kemerdekaan ini akan terus diingati. semoga generasi yang akan datang dapat merasai pengalaman yang seronok ini.

Naik Pentas

Sepanjang hidup aku, aku tidak pasti sudah berapa kali aku naik ke atas pentas. Tetapi aku kira, pengalaman pertama aku adalah sewaktu aku di Tadika. Aku dulu sekolah kampong. Memang duduk di kampong dari kecik sampai ke besar. Cuma sejak aku habis sekolah, aku merantau cari ilmu di tempat orang. Jadi, maklumlah, bila di kampong kadar pelajarnya juga rendah. Tak ramai juga yang pandai-pandai. Jadi, dalam ramai-ramai tu, cikgu tengok aku yang agak menyerlah. Aku tak tau kenapa cikgu Nampak aku. Padahal ramai je lagi yang cemerlang. Ada lagi lebih kurang 14 orang lagi yang bagus-bagus.

Jadi di sekolah, selalu ada pertandingan itu dan ini. pertandingan yang pertama sekali aku sertai adalah pertandingan melukis. Aku masuk masa Tadika dulu. Masa tu mak aku selalu belikan aku crayon cap Panda. Warna yang nak-lekat-tak-tak-lekat tu. Tapi masa tu aku peduli apa, janji tembikai warna merah, rambutan warna merah, durian warna hijau, langsat warna kuning. Setiap hari aku buat lukisan. Habis kertas lukisan aku warna lagi tapi bentuk dan komposisinya masih sama tak berubah. Sebab masa tu tak ada daya imaginasi yang kreatif lagi. Semua buat ikut aturan. Aku masuk pertandingan dan dapat nombor satu. Kawan aku dapat nombor dua. Pada hari yang sama tu jugak, ada pertandingan nyanyian lagu nasyid. Sebab kelas Tadika aku tak ramai murid, jadi, kitorang pun masuk sekali. Lepas nyanyi, baru melukis. Masa tu nyanyi lagu, “sepohon kayu daunnya rimbun...”. nyanyian nasyid tak menang. Aduhai. Jadi, aku dapat piala melukis sahaja. Dan piala itu adalah piala paling tinggi pernah aku dapat. Sekarang piala itu sudah patah dan aku tidak pasti mana menghilang.

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Saya kira Pierre Andre iaitu seorang Pengarah agak tergesa-gesa melangsaikan Ustaz Mu Tunggu Aku Datang.


Mengambil nuansa pengembaraan keinsafan dari daerah kejahilan ke wilayah permulaan ketundukan seorang hamba, Dadu dan Muiz, walau sedikit janggal dan terasa drastik, tiba-tiba berubah setelah diziarah oleh Hamzah yang menjadi Hamzah yang lain secara luaran namun masih mampu berlidahkan zaman jahiliyyah. Dadu dan Muiz mahu berubah dan matlamat pengembaraan (yang juga menjadi destinasi filem) adalah ke kuliah Ustaz Azhar Idrus hafizahullahuta'ala. Pelbagai liang liuk rencam dihadapi oleh mereka daripada dakwah tabligh kepada mangsa jenayah dan pelbagai lagi sebelum sampai ke destinasi akhir.



Untuk mengetahui liang liuk plot ini, tontonilah sendiri di pawagam.



Apapun, secara keseluruhan saya kira Pierre Andre cuba membawa nuansa ala-ala sinetron dakwah umpama Islam KTP di TV Al-Hijrah. Dan kerana inilah, saya katakan Pierre agak tergesa-gesa menyiapkannya kerana elemen-elemen dakwah itu tidak begitu tajam dan belum cukup ramuan kepelbagaian. 
Ada satu tempoh di mana saya merasakan saya dikuliahkan ("being lectured") misalnya plot ta'lim yang aduhai mendatar hingga tangisan Muiz yang sudah sedia lakonan itu nampak betul-betul macam buat-buat. Alangkah indah, kalau terus dibuat ala bayan yang penuh berperasaan atau usrah yang terus menyuntik motivasi. Saya tidak ada masalah dengan "lecturing plot" dalam kes ini ditonjolkan sebagai ta'lim; namun ia harus punya jiwa. Dan saya tidak nampak ini dalam plot-plot filem ini. 

Sang Murabbi amat wajar dijadikan naskhah rujukan Pierre dalam kepelbagaian uslub (pendekatan) dakwah andai Pierre mahu mengulang hasil filem yang dilabelkannya sebagai filem islami di masa mendatang. 

Dalam filem ini, watak Ali yang indah itu amat dipuji dan wajar dikembangkan lagi! Dia seorang pelakon yang ikhlas! 

Malah persoalan isbal (menyingkatkan seluar); amatlah sayang Pierre
 menggunakan dialog biasa. Kalau saya penulis skripnya, saya akan tulis. Itulah - filem Pierre ini tidaklah menggembirakan saya sangat kerana banyak elemen sayang seribu kali sayang. Namun, ia juga tidaklah mengecewakan saya. 

Pierre harus studi benar-benar filem seberang baik dari filem pop Islami seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih hinggalah filem dakwah sejarah semisal Sang Pencerah, Sang Kyai hatta Wali Songo serta filem dakwah kultus seperti Mengaku Rasul untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bagus.

Saya percaya andai Pierre lebih rajin dan lebih cermat serta teliti, semangat filem Islami sebegini boleh dihasilkan dengan lebih berkualiti hingga menimbulkan impak dakwah sebagaimana yang dikehendak.

Wednesday, 18 December 2013

sejuknya air.


Kali ini kita bercerita hal biasa sahaja. Hal anak kampung zaman 80-an.


Sekarang saya tinggal di Bangi. 







Di masa dulu, di tahun 80-an, saya juga bermain air. Tetapi, waktu itu saya tidak tahu pun ada istilah kolam renang. Kami hanya mandi air sungai sahaja. Ada beberapa 'port' baik untuk kami mandi sungai. Rumah saya hanya 500 meter dari sungai, tetapi ia bukan 'port' yang baik. Sebab setiap kali kami mandi sungai, suara jerit dan hiruk pikuk akan menyebabkan keluarga kami tahu kami sedang bermain air sungai. Kami akan dipanggil pulang.



Kakak saya sangat ditakuti. Bukan hanya oleh saya, oleh kawan-kawan saya juga. Kalau dia menjerit dari rumah pun, semua kami akan cabut lari.



Jadi kami selalunya memilih sungai yang agak jauh dari rumah. Kami bermain 'aci sembungi' di celah pohon rumbia dan perdu rumput. Kadang-kadang kami bermain perang dengan membalingkan selut batas sungai. 


Cara kami bermain juga agak ganas. Kadang-kadang kami memanjat pohon tinggi di tepi sungai, dan terjun ke dalam sungai. Kadang-kadang kami lawan menyelam siapa paling lama.


Jangan melawan kami berenang. Masa itu stamina masih kuat. Kami boleh berendam di dalam air tiga hingga empat jam. Kadang-kadang waktu maghrib baru balik. 



Apabila tiba musim hujan, air sungai selalu melimpah. Inilah musim paling bahaya. Air mengalir deras. Tetapi kami sukakannya.



Sebab itu keluarga kami tidak suka kami mandi air sungai. Isunya ialah bahaya.



Tetapi, sekarang ini, anak-anak kampung tidak tahu lagi mandi air sungai. Untuk berenang pun, kita perlu mencari jurulatih dan membayar pula. Di kampung mana ada kolam renang. Jadi banyak yang tidak tahu berenang. Mereka lebih banyak melepak di kedai sehingga larut malam.



Bagi saya, tidak tahu berenang lebih membahayakan.



Oh ya. Kami juga tidak ada pakaian mandi seperti sekarang. Kami hanya telanjang bulat. Kami tidak peduli sesama kami.



Cuma, ada ketika-ketikanya kalau ada anak dara lalu di batas sungai, kami terus berendam dan tidak mahu naik lagi.



Semua ini hanya nolstalgia. Sekarang ini, kalau pun saya diajak mandi kolam atau berenang di laut, saya tidak mahu. Saya rasa rimas kalau saya basah.



port dickson

Sebenarnya saya memang suka berkelah di tepi pantai kerana ingin mengalami perasaan ditiup angin sepo-sepoi bahasa yang sejuk nyaman itu. Jadi, apabila ayah dan ibu memberitahu bahawa mereka merancang untuk membawa saya ke pantai Port Dickson, saya berasa begitu bersemangat untuk ke sana. Hati saya begitu ceria menanti saat tersebut malah saya tidak sabar sebenarnya.

Perjalanan ke sana dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa sejam lebih sahaja. Entah sama ada perasaan gembira saya atau sebab yang lain, perjalanan ke pantai begitu pantas berlalu. Sekelip mata saya sudah berada di tepi pantai bersama-sama ayah dan ibu. Orang ramai juga sudah berkerumun di tempat-tempat strategik untuk menikmati suasana yang nyaman itu. Hati semua nampak girang belaka.

Ayah dan ibu menyuruh saya membentangkan plastik besar untuk dijadikan tempat alas kami duduk berehat. Kerja itu saya dilakukan dengan penuh kepatuhan. Tangan saya memastikan tidak ada pasir pantai yang melekat di atas alas plastik itu. Kemudian, ibu meletakkan beberapa bekas makanan dan minuman manakala ayah segera membuka makanan itu. Kami segera menikmati hidangan yang sudah dimasak oleh ibu itu.

Sambil makan, ayah dan ibu bertanyakan saya tentang pelajaran di sekolah. Saya memberitahu bahawa pelajaran saya tiada masalah begitu juga dengan hubungan kawan-kawan yang lain. Ayah dan ibu mengambil kesempatan masa bersantai di pantai ini untuk berinteraksi dengan saya. Mereka juga memberitahu bahawa mereka mahu saya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir. Saya mengangguk kepala tanda faham dan bersetuju.

Setelah selesai makan ibu menyuruh saya berjalan di sepanjang pantai itu sementara ibu dan ayah duduk berbual antara mereka. Saya bersetuju dan mula mengatur langkah dengan penuh gembira. Sambil berjalan saya melihat pelbagai telatah pengunjung bersama-sama keluarga mereka. Ada yang sedang bermain bola, ada yang mendengar radio sambil baring dan ada yang kejar mengejar antara kawan. Pada masa yang sama saya juga mendengar suara-suara gelak ketawa antara mereka itu. Alangkah bagusnya jika setiap hari begini kata hati kecil saya.

Kami berada di pantai itu hampir tiga jam sebelum menaiki kereta semula untuk menuju ke kota raya. Di dalam kereta ayah sempat bertanya kepada saya tentang perasaan saya. Lalu, saya memberitahu bahawa saya begitu gembira kerana muka saya dihembus oleh tiupan angin laut yang begitu saya suka selama ini. Mak dan ayah hanya ketawa sahaja apabila mendengar kata-kata saya itu. Saya pula tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada ayah dan ibu di dalam hati saya kerana membawa saya ke pantai

buli menyakitkan

selepas darjah 6 atau menamatkan UPSR. aku telah ditawarkan  sekolah harian berasrama iaitu di Jengka 2. pada mulanya aku masuk ke tingkatan 1 di asrama aku telah ditinggalkan kedua orang tua aku. mereka menyuruh aku hidup berdikari. kehidupan di asrama dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 3 aku sering dibuli oleh senior. antara bentuk buli yang sering kali aku kena adalah setrika baju, basuh baju dan menjemur pakaian setelah dibasuh.
aku berasa sangat kecewa apabila sering kali dibuli. mahu sahaja aku menghubungi kedua orang tuaku tentang nasib aku disini. tapi setelah difikirkan balik. aku tabah dan terus bersabar. apabila naik ke tingkatan 4 dan 5 aku sudah bebas dibuli. alhamdulillah.




Monday, 16 December 2013

kawan sepantai timur

apabila melangkah sahaja ke Universiti aku mula sudah mengenali seorang sahabat yang boleh dikatakan susah senang bersama iaitu yang bernama Farhan. perwatakannya saya sangat senang kerana kami boleh sama-sama serius. sama-sama ketawa dan berkongsi masalah yang dihadapi.farhan pada asalnya saya menjangka dia seorang yang pendiam tetapi kalu dilhat dan sudah lama bersahabat dengannya ternyata dia seorang yang sangat lawak dan periang. boleh dikatakan setiap perkataann yang terkeluar daripada mulutnya boleh dikatakan kelakar. 

jadi saya lebih senang bersahabat dengan dia dan rakan-rakan kelas yang lain. ukhuwah kami sentiasa kuat antara satu sama lain.  kami harap persahabatan kami akan kekal selamanya sehingga akhir hayat sekian.

Saturday, 14 December 2013

Anak Kunci Syurga. Ustaz Azhar Idrus

pada hari sabtu yang lepas. aku bersama senior aku telah pergi ke ceramah ustaz azhar idrus di surau bangi perdana. kami sebenarnya tidak bercadang pun mahupun pergi bertiga tetapi diatas sebab yang yang tertentu kerana kawanku farhan kamarjan tidak dapat menemankan diatas sebab-sebab tertentu. jadi pada jam 6.45 petang pun kami bergerak dari pada UKM. sesampai sahaja di surau bangi perdana terlalu ramai sangat orang yang hadir sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya. beginilah fenomena biasa sekiranya ustaz yang begitu terkenal pada masa kini membuat ceramah di mana-mana tempat. dan kalau dilihat kebanyakan anak muda yang akan memenuhi surau ini kerana anak muda sekarang ini sangat dahagai ilmu agama yang berguna pada masa hadapan. sebelum ke suarau itu. kami sempat menunaikan solat maghrib di surau berdekatan. selesai solat kami bergerak ke surau bangi perdana. orang begitu ramai sekali. kalau dilihat surau begitu tidak mampu menampung jemaah sehingga terpaksa melihat dari luar. tajuk ceramah pada malam ini adalah anak kunci syurga. dalam lebih kurang 2 jam bersama ustaz maka selesai lah segalanya. maka kami pun berjemaah solat isyak kemudian pulan ke UKM semula.

Thursday, 12 December 2013

pagi yang sembam.

keesokannya kelas penulisan kreatif pada pukul 8 pagi. tetapi sebelum hari kejadian tersebut malam itu aku sungguh keletihan. entah kerja apa yang banyakm sangat sampai aku berasa sangat penat. malam itu aku tidur dengan nyenyaknya. sebelum tidur akan ku pastikan jam sudah dikunci untuk digerakkan pada keesokan harinya.

entah mengapa aku tidak menyedari langsung bunyi jam loceng yang dikunci. selalu aku kan terjaga apabila bunyi jam tersebut. tetapi kali ini aku berasa tidak menyedari langsung bunyi jam tersebut. aku pun dengan pantasnya bangun daripada katil lalu menggapai peralatan mandi.

sampai di bilik mandi. aku terus menggosok gigi dan membasuh muka lalu mengelap. aku tidak mandi pagi itu kerana pagi itu akan diadakan kelas ganti  bersama penulis. jadi aku tidak ingin datang lewat kerana tidak mahu menunjukkan sikap tidak baik kepada tetamu luar.

kawan-kawan pun menyedari aku ni kelihatan seperti tidak mandi. apa lagi lepas tu, mereka pun terus tertawakan dan memerli saya. saya tidak ambil hati pun. sekadar gurau sahaja.

Wednesday, 11 December 2013

pemanduan berhantu

Nama saya sham. Saya ingin sekali berkongsi sebuah pengalaman yang SERAM. Saya sekeluarga memang gemar pandu ke Malaysia. Entahlah, memang sejak kecil lagi keluarga saya gemar melancong ke Malaysia dengan memandu ke sana. Kami tidak gemar menaiki koc secara bersendirian atau rombongan bas yang dikelolakan oleh syarikat pelancongan. Bapa saya lebih suka memandu sendiri sebab kami mempunyai lebih masa untuk bersiar-siar, membeli belah, maklumlah, selalunya menaiki bas pelancongan seringkali akan dikenakan had waktu untuk aktiviti tertentu. Keluarga kami akan mengambil cuti panjang kira-kira dalam seminggu untuk melancong ke Malaysia tiap-tiap empat bulan sekali. Malaysia, walaupun sudah selalu kami ke sana, kami tak pernah jemu. Antaranya banyak pantai-pantai indah di sana. Teringat akan satu kisah seram di mana kami sekeluarga dalam perjalanan ke menuju ke Terengganu, lebih tepat lagi di antara Jalan Bahau dan penghujung Kuantan, Pahang.

Pada malam perjalanan itu, keadaan sangat gelap. Hutan rimba di kanan dan kiri. Waktu itu, lebuhraya masih dalam proses pembikinan. Jadi kami memandu melalui jalan kampung yang berliku-liku. Memang keadaan sangat menakutkan dengan keadaan jalanraya yang licin. Tambahan lagi dengan tidak ada sebarang lampu kecuali tempias cahaya dari kereta yang dipandu dari arah bertentangan.

Tiba-tiba, Arwah datuk saya ternampak seorang wanita berbaju putih berambut panjang memakai payung berjalan di bahu jalan. Mana ada orang dalam keadaan macam itu? Dengan secara mendadak, van yang kami naiki menjadi berat sangat untuk jalan sejurus van kami pintas lalu wanita itu. Kami semua dalam van semakin resah, kerana kami khuatir kalau lori-lori besar tidak tahu yang van kami sedang mengalami masalah. 

Dalam beberapa minit, bunyi hilaian dan terus kelihatan kain putih berterbangan di celah-celah dahan pokok yang merimbun. Arwah Atuk terus menghendaki kami untuk beramai-ramai membaca apa yang kami tahu. Nenek dengan segera memekik ke arah kelibat itu, "Aku tak kacau kau, jangan kau ganggu anak cucu aku, atau aku pastikan kau tak dapat minum dan makan di darat dan di mana-mana! Ingat kau, kami lebih mulia dari kau. Pergi kau!!!" 

Sejurus itu, van pun bergerak seperti biasa dan keadaan pulih kembali normal. Sepanjang perjalanan, kami membaca ayat ayat suci Al-Quran. Itulah kali terakhir kami memandu waktu malam. Pada perjalanan selepas itu, kami pastikan kalau jam dah lebih dari sepuluh malam, kami akan cari tempat menginap di mana mana sahaja. Pastinya jalan malam di Malaysia, tak kiralah di Lebuhraya atau jalan biasa MEMANG MENAKUTKAN!!!

kanak-kanak pun minat bola,

Secara tak sengaja hari Sabtu minggu lepas sewaktu melihat orang main go kart di Stadium Shah Alam, pada hari yang sama ada perlawanan bola sepak antara Selangor dan Singapura di Stadium Shah Alam. Kami pun saja lihat apa yang ada di khemah-khemah jualan. Dalam melihat-lihat tertarik pula nak beli baju bola untuk Iman sebab murah. RM10 sahaja.
Gaya macam orang nak tengok bola ;) lepas ambil gambar ni ada wartawan suruh anak-anak kecil ni berbaris sambil cakap Selangor menang 10-0. Tapi... mereka ni semua terkedu diam seribu bahasa. Terkejut tengok kamera besar sangat agaknya. Dia rakam juga.. Lepas tu senyum. Ala... comelnya
Masing-masing tukar baju bola.. tapinya baju Kelantan bukan Selangor. Soalan suka-suka buat Iman. Pilih Kelantan atau Selangor? Iman jawab Kelantan :) negeri dia juga dipilih.. samalah dengan negeri AI. Suka tengok wajah Iman masa ni. Sweet.
Sebenarnya orang dewasa lebih dari budak-budak ;) orang lain tengok bola, orang lain yang excited.

Tak rugi juga, sebab Selangor menang malam tu. Keluar stadium berhenti di Petronas berdepan stadium, solat maghrib. Ramai juga yang nak tengok bola solat dan parking di situ.

Pernah sekali masuk stadium ni dengan AI. Masa tu kebetulan juga. Saja-saja... sekali pak guard kata nak masuk ke? tengok sesama sendiri. Masuk je lah orang bagi free. Masa tu ada game, tapi tak ingat apa lawan apa. Tapi tak ramai orang. Itu lah pengalaman pertama tengok dalam stadium.

Rasanya baik tengok di tv. Nampak kecil je orang yang main walau duduk seat depan. Iman takde lagi masa tu...

Sunday, 8 December 2013

asrama Jengka 2

Salam..Mari kita berkongsi cerita mengenai pengalaman pertama kali tinggal di asrama.

Ana ingin berkongsi kisah ana mengenai kali pertama ana tinggal di asrama.Ana mula mengenali dunia asrama ketika berumur 16 tahun. Selepas habis  PMR. Itu pertama kali ana tinggal berjauhan dengan keluarga.Sedih bukan kepalang,Seminggu ana tak makan sebab sedih, kawan tiada. Huu.. selalu pergi ke surau awal sebab menangis kat sana.Hurm..

Bukan apa,ana masuk sekolah teknik.Pelajar yang ada hanya tingkatan 5 dan kami yang masih baru, tingkatan 4.Jadi, hari pertama di asrama, senior dok asyik buli jer lah..Macam tak pernah jumpa junior..huuu..Pengalaman di asrama ketika tingkatan 4 tak seiindah ketika ana di tingkatan 5.

Menjadi senior juga bukannya senang.Tambahan pula jika dapat junior yang kurang adab.Pernah kes junior dorm ana lari dari sekolah sebab tak tahan dengan ketua dorm yakni kawan ana.Huuu..macam-macam..

Saturday, 7 December 2013

Darurat

Ape maksud darurat?
Banyak maksud darurat ni, tapi aku nak cerita darurat panggilan alam. 

Asal aku nak cerita mende ni? Datang idea kan, nak cerita mende memalukan ni!!!
Apabila bila kita darurat dengan panggilan alam tetibe ada orang guna tandas....rumah ade dua tandas, tapi semua BUSY!!!

Kes aku bukan tu je! Cerita pertama, pernah satu hari aku bangun tidur, semua orang dalam rumah takde. Ibu ayah pergi memancing, adik aku lantak dia la pergi mana. Pastu ade makhluk Allah yang aku benci ni....LIPAS betul-betul kat tombol pulas air tu....GILA separuh nyawa aku jerit sebab dia besar GAJAH tapi malang tiada siapa di rumah. Masa tu panggilan alam @ SYABAS semakin menusuk-nusuk memaksa-maksa nak keluar lalu aku press motor dan ke Shell Greenwood. 

Yang paling bangang, aku bawak pencuci muka, berus gigi semua. Tiba-tiba ada orang ketuk tandas kat Shell tu, aku diam je...pastu die mengadu kat ayah dia...."Ayah, lama gila orang ni berak!!! adik dah terberak dalam seluar dah ni!"

Bila aku dengar je die mengadu kat ayah die cuak aku takot die rempuh tandas, aku terus cepat-cepat basuh muka dan keluar pakai helmet. Haaaaa nampak tak cover malu disitu. Budak tu dah nanges-nanges sambil terkangkang berjalan, sebab seluar penuh tahhi.

Kejam aku kejam

Cerita kedua, masa aku kecik dalam tadika kot. Biasa la budak-budak malas pergi tandas katanya ada hantu tandas so berak je la dalam seluar. Kalau aku rase macam nak ponteng kelas, aku cakap ngan cikgu...cikgu saya terberak dalam seluar saya nak balik rumah...rumah saya dekat je..pastu aku pergi taman, pergi kedai makan aiskrim...main teng2..main carom dengan abang kilang beras kat rumah aku tu.....Haaaa nampak la celake perangai aku dari kecik suke ponteng????  Sejak tu, mak aku packing beg sekolah aku dengan seluar spare so cikgu kate kalau terberak tukar je seluar tu tak payah balik rumah!. DULU LA GILE.....sekarang aku suke je pergi tandas. Haaa jangan kutuk aku suke berak dalam seluar...korang dulu pon same je!!!

Cerita ketiga, ADEK AKU....mampus aku kalau dia tahu aku cerita pasai dia. Ok tak terperinci adik aku yang mana....aku ada dua orang adik so assume saje la ye.
Dia ondaway pergi sekolah agama, pastu dia nak terberak ko tau.....HAHAHHA gelak jap.....pastu die pergi berak kat pokok pisang kat tepi jalan....perghhhhhh bersepai ko tau.....sampai daun pisang yang tinggi tu terkena cebisan dan sampai sekarang hasil pokok pisang tu sapelah yang makan. ahhahahahahahahhahahahahahahah sampai sekarang aku gelak lagi walaupon cerita ni masa kami kecik.

Cerita keempat, berebut tandas dengan kucing! Masalah tok aku expert ajar kucing sampai kucing berak pon dalam tandas manusia....cume dia tak pam dan simbah air la...kalau die buat aku lari.

Cerita kelima, orang tua. Aku tak nak perincikan siapa, ayah ke ibu ke atok aku ke.....ahahhahah klako...sebab dorang cari kunci rumah dalam beg sirih, dah la beg sirih tu bersepah macam-macam ado last2 tercirit depan pintu rumah. Nasib baik la malam. Kelako gile babi wehhhhhh.

Cerita akhir, masa tu family trip ke Melaka. Umur aku dalam sekolah rendah lah, masa tu aku kurus lagi. Maknanya dalam darjah 2. Kami pergi zoo melaka. Dalam zoo melaka tu ada rumah hantu. Aku masuk dengan ayah aku. Aku dah la takut hantu mesti la aku takot gile ok....pastu bila hantu sergah je aku tercirit ok!!!!!!! pastu masalah aku....aku tak sedar ok. Lepas keluar dari rumah hantu aku keliling Zoo Melaka, pergi ke Taman Buaya lagi....jumpa Ali Mamak dalam keadaan tercirit tanpa sedar. SATU HARI DALAM KEADAAN BERTAHHI ok......balik tu masa mak aku nak cuci baju haaaa die bebel kat aku....dia kate aku tak de sensor ke yang aku ni berak atau tak???? haaa kene bebel tapi aku buat bodoh main-main kat dalam chalet tu ..

Banyak lagi kes darurat ni, tapi cukup lah aku takot hilang selera makan pulak. Sampai sekarang aku terkenang tak sangka aku dah umur 25 tahun kalau terberak dalam seluar gak aku tak dapat bayang keadaan aku mase tu....harap Allah permudahkan waktu darurat aku tu ahahhahah amin.

spm pemusnah impianku.

keputusan peperiksaan SPM 2009 dah pun diumumkan 11 Mac 2010 lepas dengan peratusan lulus 90.8%. tahniah kepada para budak yang mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan yang lepas. kepada yang kurang cemerlang, jangan berputus asa. tingkatkan azam untuk mencapai kecemerlangan kerana SPM bukan penentu masa depan korang. bagi pendapat aku, SPM lebih kepada gerbang untuk meneruskan kecemerlangan dengan lebih pantas. sebab tu kalau kita tengok rata-rata yang seawal umur 25 dah jadi pensyarah universiti, jurutera, peguam dan sebagainya kerana kebanyakannya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM mereka. jadi ini secara langsung melahirkan tenaga kerja professional dalam tempoh yang singkat. itu pun belum lagi memenuhi misi kerajaan untuk perbanyakkan tenaga kerja professional


tahun ini juga merupakan tahun yang ke-10 aku telah meninggalkan alam persekolahan. rasa rindu lagi dengan pengalaman jadi budak sekolah. ingatan masih segar walaupun dah 10 tahun berlalu. 10 tahun dulu juga aku telah mengambil keputusan peperiksaan SPM dengan muka yang penuh bangga (1 April 2000). mungkin aku boleh dikategorikan seorang yang agak cemerlang (pada waktu tu SPM kira pangkat, aku dapat pangkat 1, x aggregat). Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana usaha aku sewaktu tu tidak sia-sia. dengan serta-mertanya aku menjadi idola kepada rakan-rakan mahupun keluarga. aku boleh dikatakan jadi anak emas dalam keluarga aku berbanding adik-adik aku. apa saja permintaan aku semuanya dikabulkan.
pelbagai tawaran pelajaran aku telah terima. tak payah cakap lah, RPKJ, PPP, matriks, semua dapat. tapi sebelum keputusan peperiksaan SPM keluar lagi aku dah mendaftar masuk ke program matrikulasi yang mana ianya menggunakan keputusan percubaan SPM untuk mendaftar masuk. aku bertuah kata orang. dapat mencipta kecemerlangan hidup dalam masa yang singkat tapi sebenarnya perancangan Allah lebih tepat berbanding aku.
aku dah persiakan sepanjang 5 tahun selepas tahun 2000. aku banyak main, gagal dalam tahun ke-3 waktu pengajian di universiti aku dulu. mungkin pada waktu tu aku tak menghayati erti hidup yang sebenar sebab aku banyak enjoy. aku tak ambil kisah langsung pasal pelajaran aku. dan aku juga tak ambil serius dengan kehidupan yang akan datang. 
titik permulaan aku sedar tentang apa yang aku buat dulu adalah salah bilamana kawan-kawan sebaya aku semuanya dah tamat pengajian. dah mula bekerja. tapi aku masih terkontang-kanting, gagal universiti. orang yang paling memahami aku pada waktu itu ialah mak dan abah aku. walaupun diorang selalu marah aku, sumpah seranah dan sebagainya tapi dorang tetap bagi aku peluang. sampai saat ini.. betul kata orang, kasih ibu hingga ke syurga, kasih bapa hingga ke akhir hayat. terima kasih mak dan abah..
kesedaran aku bermula sewaktu aku mengambil diploma di universiti yang sama aku gagal. aku belajar sungguh-sungguh dan Alhamdulillah aku berjaya juga menamatkan pengajian diploma. sehingga ke hari ini aku masih lagi meneruskan pengajian peringkat ijazah walaupun rakan-rakan sebaya aku semuanya sudah bekerja. adik-adik aku yang dulunya mereka jadikan aku idola mereka pun semuanya dah habis belajar dan bekerjaya. kalau aku lihat balik 10 tahun yang lalu, dengan apa yang aku capai sekarang belum cukup untuk menebus kesalahan lampau aku.
aku ingin balik ke masa lampau, ingin aku katakan sesuatu yang bermakna kepada diri aku 10 tahun lalu supaya aku tak jadi macam apa yang aku lalui sekarang. tapi apa boleh buat. nasi dah jadi bubur lambuk. masa yang berlalu tak boleh dibeli.. kata orang tua-tua, hargailah masa kerana masa itu tidak ternilai. setiap detik, setiap saat yang berlalu pasti takkan kembali. waktu 10 tahun lalu aku tak begitu menghayati pepatah ini. tapi sekarang barulah aku betul-betul menghayati tentang masa.
nasihat aku kepada lepasan SPM dan juga orang-orang yang lebih muda dari aku, hargailah masa korang kerana sekali terlepas, korang takkan dapat berpatah balik lagi. walaupun korang dapat 15A tapi kehidupan berakhir sama macam aku pun tak berguna juga. walaupun korang tak begitu cemerlang dalam SPM, janganlah berputus asa. adik lelaki aku, SPM dia tak bagus, tapi sekarang lihatlah dimana tempat dia. berkali ganda lebih bagus dari aku yang masih tak habis-habis lagi belajar.
bagi aku, keputusan SPM tak menjamin kecemerlangan pada masa depan. apa yang penting ialah usaha diri sendiri selain daripada memohon doa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. bagi yang dah melalui semua ini, lihatlah kembali masa lampau korang dan nilaikan diri sendiri apa yang telah korang capai sebelum dan pada masa sekarang. sekali lagi aku ulang, hargailah masa kerana masa itu tidak dapat dinilai. aku takkan putus asa walaupun aku telah melalui kegagalan yang besar dalam hidup aku. harapan aku agar Allah permudahkan segala urusan hidup aku di dunia. kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat InsyaAllah..

demam campak

hmmm...aku susah hati betul kalau Dhira terkena segala mak bapak dan kuncu demam nih..tak kisah la demam apa...tapi alhamdulillah selama umur nye mencecah setahun ni..cuma sekali je demam batuk nye...tapi yang paling tak besh nye terkena demam campak 2 kali lak..huhuhu..cian anak ibu..

jadi aku mahu cerita dan kongsi pengalaman aku kat sini...sesapa yg ade pengalaman digalakkan share utk kita sama2 jadikan pengajaran dan lebih waspada especially kepada sesapa yg tak pernah alami lagi....

1st time: 17 September 2010 ~ Masa Raya

Masa ni ktorang kat Kuching...nasib baik mak ade..kalo tak mau nye menggelabah aku...mula2 tu bintik merah kuar kat muka dan batang hidung Dhira...ingatkan simptom2 alergi .esok hari nye makin banyak la plak..aku dh rasa lain macam..so pergi le kat klinik..dr. plak kata ruam....takleh nak buat ape..nnti dia akan keluar sendiri..dia bg ubat demam je..malam tu suhu badan nye naik mendadak...berkali2 aku lap dengan air suam..baru ok..suhunya pun trun....

esok nye makin byk lak kuar..mak aku pun kata ni bukan ruam biasa ni..ni mcm campak halus je..pastu kitorang g  le jumpe org tua kat kpg aku....mintak air penawar...org tua kata untuk kuarkan campak tuh...lg satu org kata kalo tak kuar habis bahaya..aku pon tak tau kebenaran nye..ade sesape tau?ambik ms dalam dua minggu  jugak la baru surut dan hilang...ni ok lagi..


Masa ni Dhira dah berumur hampir setahun..bdn pon dah naik ..selera makan n minum pon ok..suke sgt masa tu...mak aku pun baru seminggu kat sini..Kali ni Dhira demam panas 4 hari berturut2 denagn suhu badan yang boleh kata tinggi 37.6-39 darjah celcius..mau tak kecut nye perut aku..tdo malam pon taklena..4 malam aku kire berjaga la..hehehe..demi anak ku sanggupkan jua..

sbb itulah syurga terletak di telapak kaki ibu...teringat kat mak aku...huhuhu..

Day 1
Hari tuh..mak aku nak ke kuantan (umah ex jiran aku kat kpg)...tup2 mlm tu Dhira demam panas lak...suhu nye trun naik..so aku pun terpakse la EL esok nye...
Dah 3 hari suhu badan masih jugak tak turun...memandangkan kawasan umah aku ni mmg favourite nyamuk aedis..aku dengan tekadnye bawak Dhira ke hospital..ambik ujian darah..Masa jururawat lelaki tu ambik darah ..bersungguh2 dhira nangis..siap bunyik mcm merayu2 lagi..huhuhu..sampai sebak aku rasa..tp terpaksa gakler ketepikan perasaan tu..sedih ooo....nasib baik la yg tukang ambik darah tu gentle..alhamdulillah....

4 jam jugak ler nak dapatkan result ujian darah tu..biasalah hospital kerajaan..reason dia result tak masuk dlm sistem lg..meaning tak siap lg..hmmm...nasib baik la result nye -ve...tp dr kata kalo tak kebah gak 2 hr lagi bawak balik ke situ...mlm tu suhu dia tinggi lagi..tetap menten..so kau pun jd burung hantu la..berjaga..dengan harapan suhu bdn nye trun..tp tetap gak gtu..lepas lap ngn air suam trun kejap..pastu kejap je naik balik..


Wednesday, 4 December 2013

Amir sebagai Pengalamanku.

teringat cerita lama2.. hehe... untuk semangat kepada anak2ku nanti..(jauh melayang nie).. saya mendapat pendidikan awal di sekolah rendah thailand.. saya terus dinaikkan darjah 1.. dalam hidup saya tiada taska, tiada tadika, tiada pasti n sebagainya seperti anda semua,.. bukan nak bangga..tapi nak katanya disebabkan saya berasal dari family yang berpendidikan rendah ja... dah la masuk darjah 1.. tapi masa darjah 1, tak pernah masuk kelas... sebab nak ikut pak saudara yang berada di darjah 2.. saya asyik tunggu dia di depan kelas.. kelas saya tak masuk.. hahaha... sistem pendidikan di thailand macam nie, kalau exam akhir tahun tak lulus, kita akan akan kekal di kelas yang sama.. contoh, tak dapat naik darjah 2 sebab gagal darjah 1.. macam mana dengan saya? asyik tunggu depan kelas pak saudara ja hingga akhir tahun.. bila keluar keputusan exam akhir tahun, saya layak naik darjah 2... entah macam mana boleh lulus.. rasa2 saya tak pandai pun.. membaca pun tak berapa nak boleh lagi... oh..lupa... ALLAH kan ada.. DIA la yang meluluskan saya... nasib baik... kalau ALLAH uji nak bagi gagal.. tak kan menangis saya..!!!! ahhaa.. saya teruskan belajar sehingga darjah 3.. and then saya berpindah ke sekolah malaysia (rantau panjang kelantan) sebab takde surat beranak thai..tak dapat nak teruskan.. bermula darjah 3 hingga darjah 5, saya belajar di sekolah rendah keb rantau panjang 2..

darjah 6 saya berpindah ke sek ren keb gual tinggi (rantau panjag).. di sekolah rendah, saya merupakan pelajar yang sangat2 pasif dalam akademik... tapi aktif dalam kedegilan.. ehhehe... semasa darjah 6, saya diberi kesempatan oleh ALLAH, dilantik oleh ustaz untuk menjadi pembaca doa tiap2 pagi dan ptg khamis... itu ja yang baik saya dapat buat masa sekolah rendah... tp.. pengalaman juga la kan.. ehheee....

teruskan dengan sekolah menengah kebangsaan rantau panjang kelantan.. semasa berada di tingkatan 1 hingga 3.. saya hanya merupakan pelajar biasa.. saya tinggal di asrama rantau panjang.. semasa membesar di asrama, banyak pengalaman, ilmu, pengajaran, dan  erti kehidupan yang dapat saya kumpulkan di situ.. pergaulan dapat mendewasakan kita sebenarnya.. orang kata kena pandai pilih kawan, bagi saya, kepandaian memilih kawan tidak ditekankan sangat, cuma kekuatan dalam diri semasa berkawan tu perlu ada.. contohnya???? macam nie, dengar baik2 ya anak2ku..ehehe... saya pernah berkawan dengan kawan yang nakal, kurang baik la katakan.. yang baik pun ada.. ok, semasa berkawan nie, ada sorang kawan saya, ajak saya tidur di rumah neneknya.. kat situ, kawan2nya sangat ramai.. saya pun turut serta la.. takkan duk diam ja kan.. mesti la kena pandai bertegur and membiasakan diri.. malam tu, kami pergi ke rumah buruk, saya hanya ikut sahaja.. apa yang mereka buat??? mereka meghisap dadah di dalam rumah.. habis tu, saya nie macam mana? tak kan tak nak ikut serta???? nanti diorang kata apa pulak kat saya... memang benar, diorang nie tak kedekut tau, semasa diorang sedang hisap dadah, mereka ada la nak bagi kat saya.. (mungkin diorang ingat saya nie penagih sama ngn dia) ehhee... ada gaya penagih ke muka aku nie????? huhu.... ok. lepas tu, apa yang saya buat... orang dah bagi.. barang free... ambil ja la....ehh.... tak mungkin la... saya pun cakap la... saya tak hisap.. rokok pun tak hisap... dia kata, ohhh bagus.. sambil2 dia menghisap tu, sempat lagi dia berpesan jangan la cuba benda nie.. bagus jugak mamak nie, sambil buat maksiat, sempat lagi berdakwah... mudah-mudahan ALLAH dah buka hatinya dengan hidayah dan inayahNYA.... saya pun dah tak knal dia sekarang.. lepas haritu tak jumpa2 daaa... itu la nak kata, kawan tak kisah dengan sapa2, janji pandai bawak diri.. klu boleh dakwah dia berhenti menagih lagi bagus kan.. ehehehe.. tapi, bukan dengan orang macam ni saja saya berkawan, saya pernah bersama dengan orang yang alim, maulana, orang yang khatam belajar tentang keempat2 mazhab.. kalau nak tanya pasal mazhab2, dalam dada dia ja.. hebat kan dia.  dia ja, saya tak pun... ok... apa nie?? berbalik kepada tajuk kita pada hari ini, pengalaman menjadi amir.. 

semasa tingkatan 4 hingga 5, saya banyak main la... bermain ja tahu.. tp ada juga la benda baik yang dapat buat... budak membesar di asrama kan, ada masa jadi kurang baik, ada masa jadi baik... selalu jugak kena denda dalam asrama.. huuu.. liku2 kehidupan.. hehehe.. ok.. selepas tu, saya teruskan belajar di tingkatan 6, masih lagi di rantau panjang.. kenapa tak pergi matrik? kenapa tak masuk u terus macam orang lain? sebab itu ja yang mampu saya dapat... bukan tak cerdik anakku, tapi sebab banyak main.. (spelek) ehehe.. semasa tingkatan 6, saya mula menjadi pelajar yang memainkan peranan sebagai seorang pelajar... kenapa? sebab saya fikir, kalau saya tak dapat masuk u lepas nie, tak kan nak duduk umah je kan.. so belajar la, bersungguh sedikit dari yang lepas2.. pengalaman yang lepas menjadi panduan masa sekarang.. semasa tingktan 6 rendah, saya telah dipilih menjadi ketua persatuan tingkatan enam (PERTEM),

dalam masa yang sama, saya juga merupakan seorang pengawas sekolah.. ketika ini, saya telah pergi satu seminar anti-dadah peringkat negeri kelantan, seramai 100 orang lebih yang terdiri daripada ketua-ketua pelajar sekolah menyertai program ini.. dalam program ini, seramai 12 orang yang terbaik akan dipilih untuk mewakili negeri kelantan ke SANTUBONG, SARAWAK.. bestnya kalau dapat pergi kan,, boleh naik belong... ehehe.. alhamdulillah... rezeki TUHAN bagi, saya layak dipilih untuk ke sarawak.. waaa.... teruja juga masa tu, ye la.. boleh naik belong free kan... ;-)  

banyak pengalam yang dapat saya terapkan di sana bersama orang2 yang hebat.. saya je orang yang paling kerdil masa tu, tak pandai apa2 pun.. huu.. selepas balik dari sana, saya dapat rasakan perbezaan kepada diri saya, saya semakin aktif dan tidak takut untuk bercakap di depan khalayak ramai.. (walaupun hati dah nak hancur) hehe.. 

semasa di tingkatan 6 atas, saya telah di pilih menjadi ketua pengawas sekolah.. walaupun pada awalnya saya tolak mentah2 jawatan itu, sebab saya dapat tahu ketua pengawas sekolah saya tidak dapat masuk u, kerana kesibukannya.. tapi melalui undian semua pengawas, nama saya juga yang naik, so terpaksa menerima tugas itu.. (ALLAH DAH TETAPKAN)... tapi masa tu, apa yang bermain di fikiran saya adalah, saya bimbang saya tidak dapat masuk u.. kerana selama 5 tahun ketua pengawas sekolah saya tidak dapat masuk u.. cikgu2 juga mengharapkan supaya saya dapat memecahkan record sekolah supaya ketua pengawas kali ini (saya) dapat result yang tinggi dan masuk u.. memang banyak cabaran dan tekanan jugak la.. dalam memegang jawatan ini, kawan2 banyak membantu saya dalam melancarkan program di sekolah seperti sambutan hari guru, hari merdeka dan sebagainya. thanks all frenz....... setelah tamat pengajian di sekolah, saat2 result keluar, saya lah orang yang tak boleh nak tidur malam, takde selera nk makan nasik n tak berdaya nak keluar rumah.. takut sangat2 tak dapat merealisasikan hasrat semua orang termsuk ibu, guru2 n kawan2.. alhamdulillah.... ALLAH telah menolong saya, saya mendapat pointer 3.42 dan layak untuk masuk ke u.. sikit ja pointer saya kalau nak bandingkan dengan kamu semua.. tapi itu dah satu nikmat bagi saya.. syukur apa yang ada.. hehehe.. saya bersyukur sangat2 kerana dapat meninggalkan setitik kenangan pada zaman sekolah saya.. 

sekarang saya telah menuntut di universiti malaysia terengganu (umt), saya dapat sambung belajar dalam bidang sarjana muda kaunseling.. nak diceritakan lagi anak2ku.. ehehe.. takdir Illahi, sekarang saya telah dilantik menjadi majlis perwakilan pelajar (mpp) dengan mendapat undian tertinggi dalam fakulti saya.. di saat ini, sangat banyak pelunag dan ruang yang ALLAH sediakan kepada saya untuk mengumpul seberepa banyak ilmu kepimpinan, pengalaman dalam organisasi, mengenal erti tinggi dan rendah kebolehan saya bila memegang jawatan ini. baru saya tahu, bukan mudah nak jadi pemimpin yang baik untuk semua orang.. masih terbayang kata2 president saya, kalau nak jadi pemimpin, bukan sekarang baru nak bersedia, tapi sebelum ini lagi kena bersedia... bukan nak bangga dengan apa yang ada.. tapi nak bagi tahu betapa beratnya menjadi seorang yang memegang amanah.. saidina umar al-khattab berkata, semasa beliau menjadi amirul mukminin, kalau ada unta/kuda yang terjatuh semasa berjalan akibat jalan yang rosak/berlubang, aku akan menjawab di hadapan ALLAH di akhirat kelak.. berat kan jadi seorang pemimpin... di hari ini, sangat ramai yang ingin menjadi pemimpin, tapi tidak pasti mereka terfikir atau tidak betapa besarnya amanah yang akan dipimpin... perjalanan saya masih panjang, semoga saya berada dalam keredhaan ALLAH dan dipimpin ke jalan yang benar.. amiiiin...! semakin berisi padi, semakin kebawah tunduknya.... 

Thursday, 7 November 2013

Program Keterpaksaan

Alhamdulillah aku masih lagi disisni. Alhamdulillah. Setelah 2 bulan aku ditempatkan di Kem PLKN Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Pahang. Aku berjaya menamatkan dengan jayanya. Ada sesetengah pelatuh termasuk aku diberi pelepasan awal untuk sambung belajar. Tapi aku ridak, aku meneruskan sehingga tamat. 
Pada permulaannya minggu pertama di PLKN memang "homesick" habis sampai tidak lena tidur. Mujurla  Jabatan Latihan Khidmat Negara tidak menghantar aku begitu jauh sangat sememangnya aku pun anak kelahiran Pahang. Selepas itu, tiada seorang pun kawan sekolah aku yang sama kem PLKN dengan aku. Sekurang-kurangnya pelatih lain di kem itu adalah seorang dua yang sama kem dengan dia. tetapi tidak lama kemudian selepas kenal kawan-kawan satu bilik penginapan yang seramai 19 orang barulah aku berjaya dapat menyesuaikan diri.
Kehidupan di PLKn sangat mencabar dan memenatkan bagi aku. Apa yang penting sepanjang di PLKN adalah pengurusan masa. Betulah mahu mencari masa yang sesuai untuk membasuh baju, sidai baju dan mandi. Paling aku tidak tahan, Kawad pada pukul 2.30-4.30 petang. Bayangkan kawad ketika matahari tengah naik, mana tidaknya aku pengsan. sudahlah aku ni lelaki. Perasaaan malu tidak dapat dibendung. Sunblock satu botol pun tidak mampu menanggung sinaran uv. Jadi muka aku sekarang ini amat sadis kalau dilihat. bebrbelang sana-sini



sekiranya ditanya tentang keseronokan apabila menjalani latihan ini, akan ku jawab masuklah latihan dulu. setelah tamat latihan baru dapat disimpulkan. sekian terima kasih.

Wednesday, 6 November 2013

Dapat Tawaran Belajar Tapi Tak Minat Khursus

sudah masuk bulan september. Masa begitu cepat berlalu. Sudah tiga per empat dari dua belas tahun ini. sekarang semua universiti sedang menerima kemasukan pelajar-pelajar baru. tahniah diucapkan buat adik-adik yanng berjaya melanjautkan pelajaran ke menara gading. Semoga peluang yang diterima ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk mengutip segala ilmu yang bakal dipelajari

Bukan semua bertuah dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA. Ada sesetengah daripada rakan saya antara yang terpilih. Ada ramai lagi yang teringin mahu masuh IPTA tetapi tiada rezeki dan terpaksa sambung belajar di kolej atau IPTS yang mana memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. jadi syukurlah dengan nikmat tersebut. jangan sia-siakan.


Buat pertama kali aku ke menara gading muka yang masih lagi awet  muda. Penulisan kali ini mahu berkongsi pendapat tentang kursus pembelajaran yang ditawarkan pula buat yang berjya masuk universiti. Selalunya apabila ditawarkan ke IPTA ini, ada yang dapat kursus yang memang diminati dan ada yang pula dapat kurus yang langsung tidak dijangkakan. tidak dijangkakan maksudnya dalam 8 pilihan yang diberikan semasa isi borang permohonan itu adalah pilihan yang terakhir dan mungkin langsung dan tidak ingat pun yang kursus tersebut tersenarai dalam pilihan.  bagi mereka yang mendapat kursus yang emmang diminati tentulah beruntung dan seronok hendak menempuh alam pengajian. macam mana pula bagi mereka yang dapat khursus tidak diminati? kompom-kompom rasa sedih menguasai diri.
Sebenarnya bagi yang mendapat tawaran kurusus yang tidak diminati ini boleh membuat dua pilihan sebelum akur dengan keputusan yang bakal diambil. samada terima tawaran dan meneruskan pengajian atau tolak tawaran dan pohon kursus yang diminati di kolej swasta atau IPTS. tetapi rugilah kan dapat masuk IPTA tetapi tolak pula. akhir sekali aku cuba meminati kursus dan encintai kursus aku iaitu PROGRAM PERSURATAN MELAYU. pada awalnya aku pohon PROGRAM KERJA SOSIAL. Tetapi rezeki Allah telah meletakkan aku untuk terus berusaha dan mempelajari bidang ini. Aku sangat bahagia dan gembira bersama rakan sekelas yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar.