Thursday, 12 December 2013

pagi yang sembam.

keesokannya kelas penulisan kreatif pada pukul 8 pagi. tetapi sebelum hari kejadian tersebut malam itu aku sungguh keletihan. entah kerja apa yang banyakm sangat sampai aku berasa sangat penat. malam itu aku tidur dengan nyenyaknya. sebelum tidur akan ku pastikan jam sudah dikunci untuk digerakkan pada keesokan harinya.

entah mengapa aku tidak menyedari langsung bunyi jam loceng yang dikunci. selalu aku kan terjaga apabila bunyi jam tersebut. tetapi kali ini aku berasa tidak menyedari langsung bunyi jam tersebut. aku pun dengan pantasnya bangun daripada katil lalu menggapai peralatan mandi.

sampai di bilik mandi. aku terus menggosok gigi dan membasuh muka lalu mengelap. aku tidak mandi pagi itu kerana pagi itu akan diadakan kelas ganti  bersama penulis. jadi aku tidak ingin datang lewat kerana tidak mahu menunjukkan sikap tidak baik kepada tetamu luar.

kawan-kawan pun menyedari aku ni kelihatan seperti tidak mandi. apa lagi lepas tu, mereka pun terus tertawakan dan memerli saya. saya tidak ambil hati pun. sekadar gurau sahaja.

No comments:

Post a Comment