Thursday, 7 November 2013

Program Keterpaksaan

Alhamdulillah aku masih lagi disisni. Alhamdulillah. Setelah 2 bulan aku ditempatkan di Kem PLKN Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Pahang. Aku berjaya menamatkan dengan jayanya. Ada sesetengah pelatuh termasuk aku diberi pelepasan awal untuk sambung belajar. Tapi aku ridak, aku meneruskan sehingga tamat. 
Pada permulaannya minggu pertama di PLKN memang "homesick" habis sampai tidak lena tidur. Mujurla  Jabatan Latihan Khidmat Negara tidak menghantar aku begitu jauh sangat sememangnya aku pun anak kelahiran Pahang. Selepas itu, tiada seorang pun kawan sekolah aku yang sama kem PLKN dengan aku. Sekurang-kurangnya pelatih lain di kem itu adalah seorang dua yang sama kem dengan dia. tetapi tidak lama kemudian selepas kenal kawan-kawan satu bilik penginapan yang seramai 19 orang barulah aku berjaya dapat menyesuaikan diri.
Kehidupan di PLKn sangat mencabar dan memenatkan bagi aku. Apa yang penting sepanjang di PLKN adalah pengurusan masa. Betulah mahu mencari masa yang sesuai untuk membasuh baju, sidai baju dan mandi. Paling aku tidak tahan, Kawad pada pukul 2.30-4.30 petang. Bayangkan kawad ketika matahari tengah naik, mana tidaknya aku pengsan. sudahlah aku ni lelaki. Perasaaan malu tidak dapat dibendung. Sunblock satu botol pun tidak mampu menanggung sinaran uv. Jadi muka aku sekarang ini amat sadis kalau dilihat. bebrbelang sana-sini



sekiranya ditanya tentang keseronokan apabila menjalani latihan ini, akan ku jawab masuklah latihan dulu. setelah tamat latihan baru dapat disimpulkan. sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment