Wednesday, 11 December 2013

kanak-kanak pun minat bola,

Secara tak sengaja hari Sabtu minggu lepas sewaktu melihat orang main go kart di Stadium Shah Alam, pada hari yang sama ada perlawanan bola sepak antara Selangor dan Singapura di Stadium Shah Alam. Kami pun saja lihat apa yang ada di khemah-khemah jualan. Dalam melihat-lihat tertarik pula nak beli baju bola untuk Iman sebab murah. RM10 sahaja.
Gaya macam orang nak tengok bola ;) lepas ambil gambar ni ada wartawan suruh anak-anak kecil ni berbaris sambil cakap Selangor menang 10-0. Tapi... mereka ni semua terkedu diam seribu bahasa. Terkejut tengok kamera besar sangat agaknya. Dia rakam juga.. Lepas tu senyum. Ala... comelnya
Masing-masing tukar baju bola.. tapinya baju Kelantan bukan Selangor. Soalan suka-suka buat Iman. Pilih Kelantan atau Selangor? Iman jawab Kelantan :) negeri dia juga dipilih.. samalah dengan negeri AI. Suka tengok wajah Iman masa ni. Sweet.
Sebenarnya orang dewasa lebih dari budak-budak ;) orang lain tengok bola, orang lain yang excited.

Tak rugi juga, sebab Selangor menang malam tu. Keluar stadium berhenti di Petronas berdepan stadium, solat maghrib. Ramai juga yang nak tengok bola solat dan parking di situ.

Pernah sekali masuk stadium ni dengan AI. Masa tu kebetulan juga. Saja-saja... sekali pak guard kata nak masuk ke? tengok sesama sendiri. Masuk je lah orang bagi free. Masa tu ada game, tapi tak ingat apa lawan apa. Tapi tak ramai orang. Itu lah pengalaman pertama tengok dalam stadium.

Rasanya baik tengok di tv. Nampak kecil je orang yang main walau duduk seat depan. Iman takde lagi masa tu...

No comments:

Post a Comment