sudah masuk bulan september. Masa begitu cepat berlalu. Sudah tiga per empat dari dua belas tahun ini. sekarang semua universiti sedang menerima kemasukan pelajar-pelajar baru. tahniah diucapkan buat adik-adik yanng berjaya melanjautkan pelajaran ke menara gading. Semoga peluang yang diterima ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk mengutip segala ilmu yang bakal dipelajari
Bukan semua bertuah dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA. Ada sesetengah daripada rakan saya antara yang terpilih. Ada ramai lagi yang teringin mahu masuh IPTA tetapi tiada rezeki dan terpaksa sambung belajar di kolej atau IPTS yang mana memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. jadi syukurlah dengan nikmat tersebut. jangan sia-siakan.
Buat pertama kali aku ke menara gading muka yang masih lagi awet muda. Penulisan kali ini mahu berkongsi pendapat tentang kursus pembelajaran yang ditawarkan pula buat yang berjya masuk universiti. Selalunya apabila ditawarkan ke IPTA ini, ada yang dapat kursus yang memang diminati dan ada yang pula dapat kurus yang langsung tidak dijangkakan. tidak dijangkakan maksudnya dalam 8 pilihan yang diberikan semasa isi borang permohonan itu adalah pilihan yang terakhir dan mungkin langsung dan tidak ingat pun yang kursus tersebut tersenarai dalam pilihan. bagi mereka yang mendapat kursus yang emmang diminati tentulah beruntung dan seronok hendak menempuh alam pengajian. macam mana pula bagi mereka yang dapat khursus tidak diminati? kompom-kompom rasa sedih menguasai diri.
Sebenarnya bagi yang mendapat tawaran kurusus yang tidak diminati ini boleh membuat dua pilihan sebelum akur dengan keputusan yang bakal diambil. samada terima tawaran dan meneruskan pengajian atau tolak tawaran dan pohon kursus yang diminati di kolej swasta atau IPTS. tetapi rugilah kan dapat masuk IPTA tetapi tolak pula. akhir sekali aku cuba meminati kursus dan encintai kursus aku iaitu PROGRAM PERSURATAN MELAYU. pada awalnya aku pohon PROGRAM KERJA SOSIAL. Tetapi rezeki Allah telah meletakkan aku untuk terus berusaha dan mempelajari bidang ini. Aku sangat bahagia dan gembira bersama rakan sekelas yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar.
No comments:
Post a Comment