Nama saya sham. Saya ingin sekali berkongsi sebuah pengalaman yang SERAM. Saya sekeluarga memang gemar pandu ke Malaysia. Entahlah, memang sejak kecil lagi keluarga saya gemar melancong ke Malaysia dengan memandu ke sana. Kami tidak gemar menaiki koc secara bersendirian atau rombongan bas yang dikelolakan oleh syarikat pelancongan. Bapa saya lebih suka memandu sendiri sebab kami mempunyai lebih masa untuk bersiar-siar, membeli belah, maklumlah, selalunya menaiki bas pelancongan seringkali akan dikenakan had waktu untuk aktiviti tertentu. Keluarga kami akan mengambil cuti panjang kira-kira dalam seminggu untuk melancong ke Malaysia tiap-tiap empat bulan sekali. Malaysia, walaupun sudah selalu kami ke sana, kami tak pernah jemu. Antaranya banyak pantai-pantai indah di sana. Teringat akan satu kisah seram di mana kami sekeluarga dalam perjalanan ke menuju ke Terengganu, lebih tepat lagi di antara Jalan Bahau dan penghujung Kuantan, Pahang.
Pada malam perjalanan itu, keadaan sangat gelap. Hutan rimba di kanan dan kiri. Waktu itu, lebuhraya masih dalam proses pembikinan. Jadi kami memandu melalui jalan kampung yang berliku-liku. Memang keadaan sangat menakutkan dengan keadaan jalanraya yang licin. Tambahan lagi dengan tidak ada sebarang lampu kecuali tempias cahaya dari kereta yang dipandu dari arah bertentangan.
Tiba-tiba, Arwah datuk saya ternampak seorang wanita berbaju putih berambut panjang memakai payung berjalan di bahu jalan. Mana ada orang dalam keadaan macam itu? Dengan secara mendadak, van yang kami naiki menjadi berat sangat untuk jalan sejurus van kami pintas lalu wanita itu. Kami semua dalam van semakin resah, kerana kami khuatir kalau lori-lori besar tidak tahu yang van kami sedang mengalami masalah.
Dalam beberapa minit, bunyi hilaian dan terus kelihatan kain putih berterbangan di celah-celah dahan pokok yang merimbun. Arwah Atuk terus menghendaki kami untuk beramai-ramai membaca apa yang kami tahu. Nenek dengan segera memekik ke arah kelibat itu, "Aku tak kacau kau, jangan kau ganggu anak cucu aku, atau aku pastikan kau tak dapat minum dan makan di darat dan di mana-mana! Ingat kau, kami lebih mulia dari kau. Pergi kau!!!"
Sejurus itu, van pun bergerak seperti biasa dan keadaan pulih kembali normal. Sepanjang perjalanan, kami membaca ayat ayat suci Al-Quran. Itulah kali terakhir kami memandu waktu malam. Pada perjalanan selepas itu, kami pastikan kalau jam dah lebih dari sepuluh malam, kami akan cari tempat menginap di mana mana sahaja. Pastinya jalan malam di Malaysia, tak kiralah di Lebuhraya atau jalan biasa MEMANG MENAKUTKAN!!!
No comments:
Post a Comment