Friday, 20 December 2013

Pejuang Merdeka

tanggal 31 ogos 1957 merupakan hari sejarah negara Malaysia yang saya maksudkan itu ialah hari negara kita mencapai kemerdekaan. semua di sekolah di Malaysia pasti akan menyambut Hari Kemerdekaan. sekolah saya juga tidak terkecuali untuk menyambut hari tersebut.

sekolah saya telah mengadakan pelbagai acara sebelum tarikh kemerdekaan. aktiviti itu telah diadakan sepanjang bulan Ogos. antaranya ialah pertandingan mewarna, melukis poster, mendeklamasi sajak dan pelbagai lagi.

pada acara kemuncak pula, sekolah saya mengadakan acara penutup bagi sambutan hari kemerdekaan. pada hari itu juga guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang yang menjuarai dalam setiap aktiviti yang dipertandingkan.

pihak sekolah juga telah mengadakan acara berkhawat bagi memeriahkan lagi acara. badan uniform sekolah telah berarak dari pintu pagar utama hingga ke padang.

sambutan kemerdekaan telah diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik. saya berasa sangat gembira kerana sambutan ini telah mengingatkan saya dengan jasa-jasa pejuang terdahulu yang berjuang mempertahankan negara pada suatu masa dahulu. saya berasa bangga dengan perjuangan dan pengorbana mereka.

saya berharap agar sambutan hari kemerdekaan ini akan terus diingati. semoga generasi yang akan datang dapat merasai pengalaman yang seronok ini.

No comments:

Post a Comment