darjah 6 saya berpindah ke sek ren keb gual tinggi (rantau panjag).. di sekolah rendah, saya merupakan pelajar yang sangat2 pasif dalam akademik... tapi aktif dalam kedegilan.. ehhehe... semasa darjah 6, saya diberi kesempatan oleh ALLAH, dilantik oleh ustaz untuk menjadi pembaca doa tiap2 pagi dan ptg khamis... itu ja yang baik saya dapat buat masa sekolah rendah... tp.. pengalaman juga la kan.. ehheee....
teruskan dengan sekolah menengah kebangsaan rantau panjang kelantan.. semasa berada di tingkatan 1 hingga 3.. saya hanya merupakan pelajar biasa.. saya tinggal di asrama rantau panjang.. semasa membesar di asrama, banyak pengalaman, ilmu, pengajaran, dan erti kehidupan yang dapat saya kumpulkan di situ.. pergaulan dapat mendewasakan kita sebenarnya.. orang kata kena pandai pilih kawan, bagi saya, kepandaian memilih kawan tidak ditekankan sangat, cuma kekuatan dalam diri semasa berkawan tu perlu ada.. contohnya???? macam nie, dengar baik2 ya anak2ku..ehehe... saya pernah berkawan dengan kawan yang nakal, kurang baik la katakan.. yang baik pun ada.. ok, semasa berkawan nie, ada sorang kawan saya, ajak saya tidur di rumah neneknya.. kat situ, kawan2nya sangat ramai.. saya pun turut serta la.. takkan duk diam ja kan.. mesti la kena pandai bertegur and membiasakan diri.. malam tu, kami pergi ke rumah buruk, saya hanya ikut sahaja.. apa yang mereka buat??? mereka meghisap dadah di dalam rumah.. habis tu, saya nie macam mana? tak kan tak nak ikut serta???? nanti diorang kata apa pulak kat saya... memang benar, diorang nie tak kedekut tau, semasa diorang sedang hisap dadah, mereka ada la nak bagi kat saya.. (mungkin diorang ingat saya nie penagih sama ngn dia) ehhee... ada gaya penagih ke muka aku nie????? huhu.... ok. lepas tu, apa yang saya buat... orang dah bagi.. barang free... ambil ja la....ehh.... tak mungkin la... saya pun cakap la... saya tak hisap.. rokok pun tak hisap... dia kata, ohhh bagus.. sambil2 dia menghisap tu, sempat lagi dia berpesan jangan la cuba benda nie.. bagus jugak mamak nie, sambil buat maksiat, sempat lagi berdakwah... mudah-mudahan ALLAH dah buka hatinya dengan hidayah dan inayahNYA.... saya pun dah tak knal dia sekarang.. lepas haritu tak jumpa2 daaa... itu la nak kata, kawan tak kisah dengan sapa2, janji pandai bawak diri.. klu boleh dakwah dia berhenti menagih lagi bagus kan.. ehehehe.. tapi, bukan dengan orang macam ni saja saya berkawan, saya pernah bersama dengan orang yang alim, maulana, orang yang khatam belajar tentang keempat2 mazhab.. kalau nak tanya pasal mazhab2, dalam dada dia ja.. hebat kan dia. dia ja, saya tak pun... ok... apa nie?? berbalik kepada tajuk kita pada hari ini, pengalaman menjadi amir..
semasa tingkatan 4 hingga 5, saya banyak main la... bermain ja tahu.. tp ada juga la benda baik yang dapat buat... budak membesar di asrama kan, ada masa jadi kurang baik, ada masa jadi baik... selalu jugak kena denda dalam asrama.. huuu.. liku2 kehidupan.. hehehe.. ok.. selepas tu, saya teruskan belajar di tingkatan 6, masih lagi di rantau panjang.. kenapa tak pergi matrik? kenapa tak masuk u terus macam orang lain? sebab itu ja yang mampu saya dapat... bukan tak cerdik anakku, tapi sebab banyak main.. (spelek) ehehe.. semasa tingkatan 6, saya mula menjadi pelajar yang memainkan peranan sebagai seorang pelajar... kenapa? sebab saya fikir, kalau saya tak dapat masuk u lepas nie, tak kan nak duduk umah je kan.. so belajar la, bersungguh sedikit dari yang lepas2.. pengalaman yang lepas menjadi panduan masa sekarang.. semasa tingktan 6 rendah, saya telah dipilih menjadi ketua persatuan tingkatan enam (PERTEM),
dalam masa yang sama, saya juga merupakan seorang pengawas sekolah.. ketika ini, saya telah pergi satu seminar anti-dadah peringkat negeri kelantan, seramai 100 orang lebih yang terdiri daripada ketua-ketua pelajar sekolah menyertai program ini.. dalam program ini, seramai 12 orang yang terbaik akan dipilih untuk mewakili negeri kelantan ke SANTUBONG, SARAWAK.. bestnya kalau dapat pergi kan,, boleh naik belong... ehehe.. alhamdulillah... rezeki TUHAN bagi, saya layak dipilih untuk ke sarawak.. waaa.... teruja juga masa tu, ye la.. boleh naik belong free kan... ;-)
banyak pengalam yang dapat saya terapkan di sana bersama orang2 yang hebat.. saya je orang yang paling kerdil masa tu, tak pandai apa2 pun.. huu.. selepas balik dari sana, saya dapat rasakan perbezaan kepada diri saya, saya semakin aktif dan tidak takut untuk bercakap di depan khalayak ramai.. (walaupun hati dah nak hancur) hehe..
semasa di tingkatan 6 atas, saya telah di pilih menjadi ketua pengawas sekolah.. walaupun pada awalnya saya tolak mentah2 jawatan itu, sebab saya dapat tahu ketua pengawas sekolah saya tidak dapat masuk u, kerana kesibukannya.. tapi melalui undian semua pengawas, nama saya juga yang naik, so terpaksa menerima tugas itu.. (ALLAH DAH TETAPKAN)... tapi masa tu, apa yang bermain di fikiran saya adalah, saya bimbang saya tidak dapat masuk u.. kerana selama 5 tahun ketua pengawas sekolah saya tidak dapat masuk u.. cikgu2 juga mengharapkan supaya saya dapat memecahkan record sekolah supaya ketua pengawas kali ini (saya) dapat result yang tinggi dan masuk u.. memang banyak cabaran dan tekanan jugak la.. dalam memegang jawatan ini, kawan2 banyak membantu saya dalam melancarkan program di sekolah seperti sambutan hari guru, hari merdeka dan sebagainya. thanks all frenz....... setelah tamat pengajian di sekolah, saat2 result keluar, saya lah orang yang tak boleh nak tidur malam, takde selera nk makan nasik n tak berdaya nak keluar rumah.. takut sangat2 tak dapat merealisasikan hasrat semua orang termsuk ibu, guru2 n kawan2.. alhamdulillah.... ALLAH telah menolong saya, saya mendapat pointer 3.42 dan layak untuk masuk ke u.. sikit ja pointer saya kalau nak bandingkan dengan kamu semua.. tapi itu dah satu nikmat bagi saya.. syukur apa yang ada.. hehehe.. saya bersyukur sangat2 kerana dapat meninggalkan setitik kenangan pada zaman sekolah saya..
No comments:
Post a Comment