Saturday, 14 December 2013

Anak Kunci Syurga. Ustaz Azhar Idrus

pada hari sabtu yang lepas. aku bersama senior aku telah pergi ke ceramah ustaz azhar idrus di surau bangi perdana. kami sebenarnya tidak bercadang pun mahupun pergi bertiga tetapi diatas sebab yang yang tertentu kerana kawanku farhan kamarjan tidak dapat menemankan diatas sebab-sebab tertentu. jadi pada jam 6.45 petang pun kami bergerak dari pada UKM. sesampai sahaja di surau bangi perdana terlalu ramai sangat orang yang hadir sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya. beginilah fenomena biasa sekiranya ustaz yang begitu terkenal pada masa kini membuat ceramah di mana-mana tempat. dan kalau dilihat kebanyakan anak muda yang akan memenuhi surau ini kerana anak muda sekarang ini sangat dahagai ilmu agama yang berguna pada masa hadapan. sebelum ke suarau itu. kami sempat menunaikan solat maghrib di surau berdekatan. selesai solat kami bergerak ke surau bangi perdana. orang begitu ramai sekali. kalau dilihat surau begitu tidak mampu menampung jemaah sehingga terpaksa melihat dari luar. tajuk ceramah pada malam ini adalah anak kunci syurga. dalam lebih kurang 2 jam bersama ustaz maka selesai lah segalanya. maka kami pun berjemaah solat isyak kemudian pulan ke UKM semula.

No comments:

Post a Comment