Sepanjang hidup aku, aku tidak pasti sudah berapa kali aku naik ke atas pentas. Tetapi aku kira, pengalaman pertama aku adalah sewaktu aku di Tadika. Aku dulu sekolah kampong. Memang duduk di kampong dari kecik sampai ke besar. Cuma sejak aku habis sekolah, aku merantau cari ilmu di tempat orang. Jadi, maklumlah, bila di kampong kadar pelajarnya juga rendah. Tak ramai juga yang pandai-pandai. Jadi, dalam ramai-ramai tu, cikgu tengok aku yang agak menyerlah. Aku tak tau kenapa cikgu Nampak aku. Padahal ramai je lagi yang cemerlang. Ada lagi lebih kurang 14 orang lagi yang bagus-bagus.
Jadi di sekolah, selalu ada pertandingan itu dan ini. pertandingan yang pertama sekali aku sertai adalah pertandingan melukis. Aku masuk masa Tadika dulu. Masa tu mak aku selalu belikan aku crayon cap Panda. Warna yang nak-lekat-tak-tak-lekat tu. Tapi masa tu aku peduli apa, janji tembikai warna merah, rambutan warna merah, durian warna hijau, langsat warna kuning. Setiap hari aku buat lukisan. Habis kertas lukisan aku warna lagi tapi bentuk dan komposisinya masih sama tak berubah. Sebab masa tu tak ada daya imaginasi yang kreatif lagi. Semua buat ikut aturan. Aku masuk pertandingan dan dapat nombor satu. Kawan aku dapat nombor dua. Pada hari yang sama tu jugak, ada pertandingan nyanyian lagu nasyid. Sebab kelas Tadika aku tak ramai murid, jadi, kitorang pun masuk sekali. Lepas nyanyi, baru melukis. Masa tu nyanyi lagu, “sepohon kayu daunnya rimbun...”. nyanyian nasyid tak menang. Aduhai. Jadi, aku dapat piala melukis sahaja. Dan piala itu adalah piala paling tinggi pernah aku dapat. Sekarang piala itu sudah patah dan aku tidak pasti mana menghilang.
No comments:
Post a Comment