Saturday, 21 December 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru BangiSelangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia(PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.
Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings.



Chini Lake Legend

Sejak dari dahulu lagi kisah naga di Tasik Chini sering menjadi sebutan sehinggalah sekarang. Kisah naga terlalu sinonim dengan tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera iaitu Tasik Chini. Beratus tahun telah berlalu, namun lagenda ini masih terus melingkari penduduk setempat. Pelbagai kisah telah diceritakan berkaitan misteri di kawasan ini. Walaubagaimanapun, kita tidaklah diminta untuk mempercayainya seratus peratus. 




Highland Tower

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.


Rumah Nenek

Pada saat hiburan saya dan keluarga meluangkan waktu untuk pergi ke rumah nenek di sg tekam, Pahang. Di sepangjang perjalanan aku serta keluarga kecilku sangat menikmati perjalanan . beberapa lama kemudian kami hendak singgah istrahat di sebuah pinggir pantai di daerah tekam di Jerantut  di pantai tersebut aku sangat menikmati suasana alam yang sangat indah suara kicauang burung yang melambangkan seakan akan aku ikut terbang bersamanya .menikmati keindahan alam sekitar . . ayah dan ibu pun memanggilku untuk meminum air kelapa segar untuk melepaskan dahaga . tidak lama kemudian kami pun bergegas pergi untuk meneruskan perjalanan . sekitar 3 jam kami tiba di kediaman nenek .keluarga di sana pun menyambut kami dengan bahagia. Setelah tiba di sana aku dan adik langsung pergi ke kebun salak nenek. Di sana saya dan adik memetik buah salak yang sudah dapat di petik, di sisi lain kami berfoto sebagai kenang kenangan . hari keduanya saya dan keluarga pergi ke suatu tempat wisata sekitar beberapa km dari rumah nenek . sesampainya di sana saya beserta keluarga  langsung menikmati keindahan dari wisata tersebut , tapi yang terpenting adalah  bersama keluarga .. aku bersama adik  keliling mengunjungi tempat tersebut sambil mengambil gambar …. Suasana di sana sangat indah dedaunan yang berwarna hijau melambankan hati yang cerah suara kicauan burung melambangkan hati yang gembira . rasanya senang sekali dapat berkumpul kembal bersama keluarga yang ada di sana . 

Beberapa jam kemudian kami pun kembali ke rumah nenek ,setelah sampai di sana kami mendapat kejutan. Tanpa mengulur waktu kami langsung menyatapnya dengan lahap , malam telah tiba, nenek menceritakan asal mula suku mandar sebagai pengantar tidurku. Ke esokan harinya. Saya  beserta ayah,ibu dan adik lekas pulang kembali ke bandar rasanya sungguh sangat berat meninggalkan tempat yang indah ini. Namun apa daya bapa dan ibu harus kembali untuk melaksanakan tugasnya sebagai pegawai kerajaan. Kami pun melambai kepada nenek beserta keluarga di sana….. semoga liburan semester nanti saya bias kembali ke kampung ini



Itulah pengalaman liburan saya semasa hari libur .

Friday, 20 December 2013

Pejuang Merdeka

tanggal 31 ogos 1957 merupakan hari sejarah negara Malaysia yang saya maksudkan itu ialah hari negara kita mencapai kemerdekaan. semua di sekolah di Malaysia pasti akan menyambut Hari Kemerdekaan. sekolah saya juga tidak terkecuali untuk menyambut hari tersebut.

sekolah saya telah mengadakan pelbagai acara sebelum tarikh kemerdekaan. aktiviti itu telah diadakan sepanjang bulan Ogos. antaranya ialah pertandingan mewarna, melukis poster, mendeklamasi sajak dan pelbagai lagi.

pada acara kemuncak pula, sekolah saya mengadakan acara penutup bagi sambutan hari kemerdekaan. pada hari itu juga guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang yang menjuarai dalam setiap aktiviti yang dipertandingkan.

pihak sekolah juga telah mengadakan acara berkhawat bagi memeriahkan lagi acara. badan uniform sekolah telah berarak dari pintu pagar utama hingga ke padang.

sambutan kemerdekaan telah diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik. saya berasa sangat gembira kerana sambutan ini telah mengingatkan saya dengan jasa-jasa pejuang terdahulu yang berjuang mempertahankan negara pada suatu masa dahulu. saya berasa bangga dengan perjuangan dan pengorbana mereka.

saya berharap agar sambutan hari kemerdekaan ini akan terus diingati. semoga generasi yang akan datang dapat merasai pengalaman yang seronok ini.

Naik Pentas

Sepanjang hidup aku, aku tidak pasti sudah berapa kali aku naik ke atas pentas. Tetapi aku kira, pengalaman pertama aku adalah sewaktu aku di Tadika. Aku dulu sekolah kampong. Memang duduk di kampong dari kecik sampai ke besar. Cuma sejak aku habis sekolah, aku merantau cari ilmu di tempat orang. Jadi, maklumlah, bila di kampong kadar pelajarnya juga rendah. Tak ramai juga yang pandai-pandai. Jadi, dalam ramai-ramai tu, cikgu tengok aku yang agak menyerlah. Aku tak tau kenapa cikgu Nampak aku. Padahal ramai je lagi yang cemerlang. Ada lagi lebih kurang 14 orang lagi yang bagus-bagus.

Jadi di sekolah, selalu ada pertandingan itu dan ini. pertandingan yang pertama sekali aku sertai adalah pertandingan melukis. Aku masuk masa Tadika dulu. Masa tu mak aku selalu belikan aku crayon cap Panda. Warna yang nak-lekat-tak-tak-lekat tu. Tapi masa tu aku peduli apa, janji tembikai warna merah, rambutan warna merah, durian warna hijau, langsat warna kuning. Setiap hari aku buat lukisan. Habis kertas lukisan aku warna lagi tapi bentuk dan komposisinya masih sama tak berubah. Sebab masa tu tak ada daya imaginasi yang kreatif lagi. Semua buat ikut aturan. Aku masuk pertandingan dan dapat nombor satu. Kawan aku dapat nombor dua. Pada hari yang sama tu jugak, ada pertandingan nyanyian lagu nasyid. Sebab kelas Tadika aku tak ramai murid, jadi, kitorang pun masuk sekali. Lepas nyanyi, baru melukis. Masa tu nyanyi lagu, “sepohon kayu daunnya rimbun...”. nyanyian nasyid tak menang. Aduhai. Jadi, aku dapat piala melukis sahaja. Dan piala itu adalah piala paling tinggi pernah aku dapat. Sekarang piala itu sudah patah dan aku tidak pasti mana menghilang.

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Saya kira Pierre Andre iaitu seorang Pengarah agak tergesa-gesa melangsaikan Ustaz Mu Tunggu Aku Datang.


Mengambil nuansa pengembaraan keinsafan dari daerah kejahilan ke wilayah permulaan ketundukan seorang hamba, Dadu dan Muiz, walau sedikit janggal dan terasa drastik, tiba-tiba berubah setelah diziarah oleh Hamzah yang menjadi Hamzah yang lain secara luaran namun masih mampu berlidahkan zaman jahiliyyah. Dadu dan Muiz mahu berubah dan matlamat pengembaraan (yang juga menjadi destinasi filem) adalah ke kuliah Ustaz Azhar Idrus hafizahullahuta'ala. Pelbagai liang liuk rencam dihadapi oleh mereka daripada dakwah tabligh kepada mangsa jenayah dan pelbagai lagi sebelum sampai ke destinasi akhir.



Untuk mengetahui liang liuk plot ini, tontonilah sendiri di pawagam.



Apapun, secara keseluruhan saya kira Pierre Andre cuba membawa nuansa ala-ala sinetron dakwah umpama Islam KTP di TV Al-Hijrah. Dan kerana inilah, saya katakan Pierre agak tergesa-gesa menyiapkannya kerana elemen-elemen dakwah itu tidak begitu tajam dan belum cukup ramuan kepelbagaian. 
Ada satu tempoh di mana saya merasakan saya dikuliahkan ("being lectured") misalnya plot ta'lim yang aduhai mendatar hingga tangisan Muiz yang sudah sedia lakonan itu nampak betul-betul macam buat-buat. Alangkah indah, kalau terus dibuat ala bayan yang penuh berperasaan atau usrah yang terus menyuntik motivasi. Saya tidak ada masalah dengan "lecturing plot" dalam kes ini ditonjolkan sebagai ta'lim; namun ia harus punya jiwa. Dan saya tidak nampak ini dalam plot-plot filem ini. 

Sang Murabbi amat wajar dijadikan naskhah rujukan Pierre dalam kepelbagaian uslub (pendekatan) dakwah andai Pierre mahu mengulang hasil filem yang dilabelkannya sebagai filem islami di masa mendatang. 

Dalam filem ini, watak Ali yang indah itu amat dipuji dan wajar dikembangkan lagi! Dia seorang pelakon yang ikhlas! 

Malah persoalan isbal (menyingkatkan seluar); amatlah sayang Pierre
 menggunakan dialog biasa. Kalau saya penulis skripnya, saya akan tulis. Itulah - filem Pierre ini tidaklah menggembirakan saya sangat kerana banyak elemen sayang seribu kali sayang. Namun, ia juga tidaklah mengecewakan saya. 

Pierre harus studi benar-benar filem seberang baik dari filem pop Islami seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih hinggalah filem dakwah sejarah semisal Sang Pencerah, Sang Kyai hatta Wali Songo serta filem dakwah kultus seperti Mengaku Rasul untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bagus.

Saya percaya andai Pierre lebih rajin dan lebih cermat serta teliti, semangat filem Islami sebegini boleh dihasilkan dengan lebih berkualiti hingga menimbulkan impak dakwah sebagaimana yang dikehendak.