Terakhir kali aku mandi di sungai masa tamat tingkatan lima, itu pun sebab ikut rombongan kawasan perumahan di Pekan, Pahang. Rasa teringin mahu mandi sungai itu sudah lama aku simpan sejak habis sekolah, masuk kolej dan semalam adalah saat yang indah. Orang lain berhibur selepas tamat peperiksaan, aku dengan rakan sekelas memang gemar berhibur sebelum tamat peperiksaan sebab habis sahaja peperiksaan, masing-masing sudah sibuk mahu balik bercuti ke rumah masing-masing. Heh, jadi semalam terlaksana sudah hajat hendak bermandi-manda di sungai.
Pada mulanya kami mahu pergi ke Sungai Gabai. Sungai Gabai ini masuk dalam lagi dari Sungai Tekala, kiranya memang akan jumpa Hutan Rekreasi Sungai Tekala dulu dari Sungai Gabai, tapi rezeki kami bukan di situ. Sungai Gabai ditutup kerana ada tanah runtuh. Mahu tidak mahu, kami terpaksa berpatah balik dan terus ke Sungai Tekala.
Perjalanan menuju ke sungai yang lebih dalam adalah dengan menaiki tangga yang boleh mengeluarkan rembesan peluh yang tidak terkata, penatnya ! Dah lama tidak mendaki tempat tinggi-tinggi macam ni.
Tapi kepenatan itu hilang apabila nampak air terjun yang menggoda, rasa mahu terjun tiruk
.Ya Allah, nikmatnya mandi sungai..
Mandi sungai, badan aku asyik tidak stabil . Banyak kali juga pegang baju kawan untuk stabil. HAHAHAHA. Lama sangat tidak mandi sungai sampai tak tahu macam mana mahu duduk diam-diam dalam sungai. sudahla kepala asyik kena tenggelam, minum air sungai banyak kali. Asyik kena buli dengan rakan. Taubat tak nak menakal lagi untuk akan datang.
Berape jauh mendaki?
ReplyDelete