Kalau cakap tentang pengalaman kena denda di sekolah, aku rasa ramai juga yang ada pengalaman kena denda di sekolah dulu . Tidak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah . Biasalah zaman budak-budak, nakal orang kata nakal-nakal manja, perasan dah jadi dewasa. Antara kesalahan yang paling popular dulu sehingga tercetusnya pengalaman kena denda di sekolah dulu adalah buat bising, tak buat kerja sekolah, ponteng kelas dan masalah disiplin.
Aku yang pernah 'menjawat jawatan' pelajar sekolah suatu ketika dahulu juga tidak lari daripada menimba pengalaman kena denda di sekolah yang kini menjadi pengalaman manis buat aku...manis ke kena denda....? . Aku dulu sewaktu menjawat jawatan sebagai pelajar sekolah, bukanlah seorang yang baik sangat, juga tidak juga nakal sangat. Suam-suam kuku orang kata. Disebabkan 'tidak baik sangat' tu lah yang telah mengakibatkan aku didenda dan ianya merupakan pengalaman kena denda di sekolah yang paling tidak dapat aku lupakan.
Pengalaman kena denda di sekolah yang aku mahu kongsikan ni berlaku sewaktu aku disekolah menengah. Sekolah rendah aku tidak ingat pernah kena denda atau tidak, rasa macam tak pernah. Aku pun tak ingatlah macam mana waktu tu aku boleh terbuat kesalahan tu. Dan semestinya aku tidak keseorangan, aku berdua dengan salah seorang rakan baik aku sebab aku ini jenis penakut sikit bab-bab buat salah . Rasa seram sejuk sahaja badan apabila buat salah. Apabila ada kawan tu, boleh kongsi seram sejuk itu kan.
Kesalahan yang aku maksudkan adalah...........Ponteng kelas!!!! Macam mana aku boleh ponteng kelas?Itulah pengalaman aku ponteng kelas yang pertama dan yang terakhir aku sepanjang menjawat jawatan pelajar sekolah.
3 Mei 2000, jam 4 petang. Disebuah kelas yang hanya ada aku dan seorang kawan aku sahaja.
Aku : Malas pula aku hendak masuk makmal Sains ni... kawan lain semua sudah masuk . Hang nak masuk tak Lut?
Kawan aku : Aku rasa macam malas jugak ini. mengantuk pula.
Aku : Tak payah masuk . Kita tidoq ja dalam kelas ni....
Kawan aku : Orait...
(Berselang 10 minit kemudian...................................)
Aku : Wei Lut!!! Cikgu Wan Cikgu Wan!!!Nyorok-nyorok!!
(Umpama tikus yang cuba melarikan diri dari seekor kucing!!Aku dan kawan aku itu menyumbatkan diri menyorok dibawah meja guru. Cikgu Wan, seorang cikgu perempuan yang sememangnya digeruni di sekolah aku kerana kegarangannya!)
Kawan aku : Hang rasa cikgu Wan nampak kita tak?
Aku : Aku pun tak tahu, harap-harap dia tak nampak la... Shh...Diam-diam
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tiba-tiba satu suara yang amat dikenali bergaung dalam satu bilik kelas tu!!Umpama halilintar
"Woi!!Hampa buat apa kat bawah meja tu!!!Keluaq sebelum aku hambat hampa sekoq sekoq!!!!!!"
Aisyeyyyyy..... Kantoi la pula..... kali pertama buat jahat, terus kantoi!!!
Cikgu Wan : Hampa buat apa kat dalam kelas ni? Mana kawan-kawan lain? La ni waktu apa??
(Aku dan kawan aku menundukkan kepala sambil saling mengenyitkan mata dan memuncungkan mulut bagai nak bercium antara satu sama lain mencari helah untuk melepaskan diri)
Cikgu Wan : CAKAP!!!!!
Kawan aku : O mak kau terkejut!! Kawan-kawan lain pergi makmal Sains cikgu!!
Aku : Gulp!!! (Bunyi air liur tak lepas kat tekak :P )
Cikgu Sains : Oo....Waktu Sains la niiiii....... Awat hampa kat sini? Tak masuk makmal??!!!Ponteng!!!
Aku dan kawan aku : Errrr.....
Cikgu Wan : Ikut aku!!!
Aku dan kawan aku dibawa berjumpa dengan guru disiplin sesi petang, juga seorang guru Sains, kami panggil dia cikgu Mat Spring sebab rambut dia yang kerinting baik punya macam spring.. hehehe
Apalagi tanpa banyak soal......Kuarkan dompet masing-masing......letak atas meja, sambil menonggekkan sedikit punggung yang tidak berisi.... PRIAPPPP!!!!!! Fuyyyoooooo........ Nikmat woooooo kena rotannnn...... Habis tegak semua bulu-bulu kat tubuh badan aku. hahahaha. Nasib baik tak berbirat....! selepas kena rotan itu, aku dan kawan aku terus diarah masuk makmal Sains yang hanya bersebelahan sahaja dengan bilik aku dirotan tadi... Dengan muka selamba babai yaro... Masuklah aku dan kawan aku tadi ke makmal Sains dengan muka selamba.....
Itulah antara pengalaman kena denda di sekolah yang tidak dapat aku lupakan sampai sekarang. Ada lagi pengalaman kena denda di sekolah, tapi yang lain tu biasa-biasa sahaja lah.... Kena denda duduk luar kelas...denda kena cubit...
Pengalaman kena denda di sekolah....pengalaman kena hukum di sekolah.... Aku macam pelik.
----------------------------------------------------------------------------------------------
nampak menarik cerita saudara bukhari ni. semoga apa yang dikongsikan oleh saudara dapat dimanfaatkan bersama. :)
ReplyDeleteterima kasih diucapkan kepada saudara khairul..saya akan cuba lagi yang terbaik..
ReplyDeleteada potensi...
ReplyDeleteterima kasih saudari zaharah..akan saya usahakan dengan lebih baik.
ReplyDelete