Salam satu Malaysia. Saya sudah selesai menjalani sesi temuduga untuk jawatan Penolong Pembantu Tabika gred N27 pada hari 5 Jun 2009, pada pukul 8 pagi, di Pusat Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Bilik temuduga di aras 2 dan nombor bilik temuduga B manakala nombor giliran 403 iaitu calon yang kedua untuk bilik temuduga B.
Ini adalah pengalaman pertama saya mendapat tawaran temuduga daripada SPA8. Walaupun tidak ada pengalaman sebelum ini, tapi saya telah mencuba untuk mendapatkan jawatan ini. Ianya tidaklah semudah yang saya sangkakan dan tidaklah sukar untuk hadir ditemuduga seperti yang saya gambarkan. Sesi temuduga yang dijalankan sangat teratur dan setiap calon diberikan nombor mengikut turutan seperti anda berada di bilik menunggu nombor giliran dipanggil.
Sebagai perkongsian yang ikhlas daripada saya kepada anda yang akan menghadiri temuduga PPT N27 ini, saya akan ceritakan daripada mula sesi temuduga sehingga tamat. Semoga pengalaman saya akan membantu anda untuk menjadi calon yang lebih baik dan terbaik untuk jawatan idaman anda ini, insyaAllah.
pengalaman temuduga
Pusat Temuduga SPA Jalan Cenderasari Kuala Lumpur
Pengalaman Temuduga Di SPA Jalan Cenderasari
Saya bertolak dari rumah pada pukul 6.45 pagi dan sampai di Jalan Cenderasari pada pukul 7.15 pagi. Saya mengambil keputusan untuk mengambil sarapan pagi dulu di warung kopi berdekatan sebelum pergi ke pusat temuduga. Sambil bersarapan saya membaca Harian Metro dan Berita Harian untuk mengetahui isu semasa terkini seperti yang disarankan oleh kawan - kawan dan blogger - blogger yang memberikan tips dan panduan untuk jawatan PPT N27 ini. Pada masa yang sama saya membaca nota - nota yang saya buat sendiri mengenai skop jawatanPenolong Pembantu Tabika N27.
Jam menunjukkan 7.35 pagi, saya bergerak ke bangunan SPA yang sangat dekat dengan lokasi tempat letak kereta dan warung kopi. Saya terus ke aras 2 seperti yang diarahkan oleh seorang lelaki yang manis memberi senyuman ikhlas yang berada di depan pintu masuk pusat temuduga. Saya kira beliau adalah pekerja di situ samada pengawal keselamatan atau sebaliknya kerana dia tidak memakai seragam hanya t-shirt merah dan berseluar slack.
Saya diminta meletakkan surat tawaran di dalam kotak yang disediakan di depan pintu masuk kaunter pendaftaran oleh Pegawai yang bertugas. Saya merasakan saya paling awal sampai, rupanya sudah ramai yang berada di situ lebih kurang dalam 50 orang. Tetapi kebanyakkan daripada mereka adalah perempuan manakala lelaki tidak lebih daripada 10 orang.
Nama saya dipanggil untuk menyerahkan dokumen penting seperti resume dan salinan sijil - sijil seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran. Pegawai yang memanggil saya seorang perempuan, raut wajah manis dan sangat serius tanpa memberi senyuman balas kepada saya. Mungkin tekanan kerja atau stres yang membuatkan beliau 'moody'. Saya abaikan perkara tersebut, saya diberikan nombor giliran B403 dan diarahkan pergi ke aras 2 iaitu di ruangan menunggu untuk temuduga di bilik temuduga B.
Semasa menunggu saya berkenalan dan bersalaman dengan calon - calon lain yang berada di situ. Ada yang berumur 40 tahun lebih segak bergaya dan cantik, dan ada yang muda, yang memberi tumpuan kepada nota - nota yang dibawa. Mereka semua tidak sombong dan memberi senyuman serta sapaan. Bermulanya sesi perkenalan dan sesi bertukar nombor telefon. Inilah hikmahnya disebalik tawaran temuduga ini, walaupun belum tentu samada berjaya atau tidak, saya telah mendapat kenalan baru, baik dari lelaki dan perempuan.
Calon temuduga di situ, masing - masing berkongsi tips dan panduan temuduga semasa menunggu giliran. Ya, mereka tidak kedekut ilmu dan daripada mereka yang berpengalaman iaitu yang berkerja jawatan kerajaan, barulah saya tahu 'apa itu fail meja?'. Terima kasih Kak Fauziah kerana berkongsi tips dan pengalaman.
Pada pukul 8.25 pagi, nombor giliran saya telah terpapar di skrin hitam yang bertulisan merah di depan pintu temuduga. Jantung mula berdebar kencang dan saya masuk serta memberi salam, saya dapati 2 orang lelaki iaitu wakil panel temuduga. Seorang yang agak berumur dalam lingkungan 40an dan seorang lagi sangat muda, saya kira 30an. Raut wajah mereka sangat serius dan memandang tepat kepada saya. Saya diarahkan duduk dan diminta perkenalkan diri dan senaraikan tugas yang saya lakukan sekarang.
Show less
1
No comments:
Post a Comment