salam rakan seperjuangan. Semua orang lelaki islam mesti kena sunat punyalah. Apabila bersunat mesti setiap lelaki akan ada cerita yang berlainan…termasuk jugak aku. Aku mula bersunat ketika cuti panjang darjah satu nak ke darjah dua…kira tolak tambah aku umur 8 tahun la masa tu. Ada yang kata aku bersunat lambat, ada yang kata biasa la tu dan ada juga yang kata boleh tahan awal.
Klinik Sulaiman Jerantut tempat aku disunat. Aku adalah mangsa pertama pisau potong tu… Bukan nak bangga lah kan…pembantu jururawat yang layan aku sampai baring di kerusi “panas” tu. Dia jugak yang selak kain pelekat aku tapi, keasyikkanku terhenti apabila kehadiran doktor lelaki yang nak menyunat aku ni. Dengan kasar, jururawat menyapu cecair tahan sakit atau ubat kebas di bahagian tertentu dan tanpa mengira 1,2,3 aku “di cucuk” bius…
Aku mengaku, aku ni penakut masa kecil-kecil……bila dah kena “cucuk” tu mula la darah menderau naik ke kepala… masa doktor itu mengambil pisau untuk melakukan pembedahan, aku sudah mula mengalir air mata. Berkilat hingga menyilaukan retina mata aku melihat pisau tu. pertama kali “slice” aku dah mula menangis. Takutlah katakan…menangis sampai doktor tak boleh menjalankan kerja pemotongan i tu dengan baik dan selamat. Akhirnya doktor suruh jururawat bawa masuk atok ngan mak aku masuk bilik pemotongan bagi menenangkan aku……konon…
Doktor berharap aku senyap kalau melihat mak dengan atok aku ini tetapi ternyata idea dan cadangan doktor itu meleset. Aku menambahkan lagi kekuatan vokal aku tu lagi adalah…mengharapkan mak aku membatalkan proses itu tetapi mana bolehh…sudah kena potong sebahagian… Walaubagaimanapun si doktor ni tetap meneruskan proses pemotongannya. Aku melihat bagaimana dia membetulkan pisau potong ke atas “bahagian” aku. Melihatkan keadaan itu, aku menambahkan lagi kekuatan vokal aku dan kali ini lparas vokal aku dah lagi hebat dari Ning Baizura. Kali ni alasan aku…SAKITT!!!! Dengan riaknya, doktor menambah lagi satu bius…namun aku masih bersuara.
Kalau sahabat mahu tahu, mak aku ni alah pada bau ubat bius ni…mesti pengsan kalu bau ubat bius dan mak aku memang pengsan. Memang kecoh masa…kesian mak aku. Masa itu aku dah terdiam dah…dan masa itu jugaklah doktor ambil kesempatan untuk memotong. Mentang-mentang ada jururawat yang tolong mak aku…. walaubagaimana pun atuk aku memang biasa sahaja...dia anggap macam tiada apa berlaku…senyuman terbentuk… Dan dalam kekecohan tu, selesailah jugak proses berkhatan aku tu.
Aku berjalan terkengkang-kengkang sambil memegang kain pelikat aku, dan dalam perjalanan ke kereta, ketika itulah aku melihat ada lagi yang menunggu untuk bersunat. Akan tetapi, ketika aku disunat, telinga mereka ni semua dah diperdendangkan dengan lagu-lagu “girang” aku kat dalam tu. Ada yang pucat dan ada jugak yang dah mula menangis tidak kurang jugak ada yang sabar … mungkin hati kering…
Sekarang ni aku dah besar dan aku tengok teknologi bersunat ni dah seiring ngan arus kemodenan yang ader. Pakai laser…sakit pun tidak dan tidak payah balut pun. Seminggu bersunat dah boleh terus bermain bola di padang. Memori macam ni bukanlah cerita yang kita mahu sorok tapi patut kita cerita kepada generasi sekarang terutamanya. Akhir kata, selamat bercerita dan selamat bersunat pada yang belum, hahaha!
Show less
Sdr Bukhari
ReplyDeleteentri JAWI ini kenapa tulisannya "blocked"?
sila gunakan langgam bahasa yang lebih indah. entri bukan hanya bercerita tetapi disampaikan dengan gaya "kesasteraan". bahasa ini yang akan sdr bawa masuk dalam tugasan akhir nanti. berlatih lagi dengan membaca tulisan tokoh yang saya namakan dalam kuliah. hayati dan pelajari.
terima kasih dr. saya akan perbaiki kekhilafan saya..
ReplyDelete