Thursday, 7 November 2013

Program Keterpaksaan

Alhamdulillah aku masih lagi disisni. Alhamdulillah. Setelah 2 bulan aku ditempatkan di Kem PLKN Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Pahang. Aku berjaya menamatkan dengan jayanya. Ada sesetengah pelatuh termasuk aku diberi pelepasan awal untuk sambung belajar. Tapi aku ridak, aku meneruskan sehingga tamat. 
Pada permulaannya minggu pertama di PLKN memang "homesick" habis sampai tidak lena tidur. Mujurla  Jabatan Latihan Khidmat Negara tidak menghantar aku begitu jauh sangat sememangnya aku pun anak kelahiran Pahang. Selepas itu, tiada seorang pun kawan sekolah aku yang sama kem PLKN dengan aku. Sekurang-kurangnya pelatih lain di kem itu adalah seorang dua yang sama kem dengan dia. tetapi tidak lama kemudian selepas kenal kawan-kawan satu bilik penginapan yang seramai 19 orang barulah aku berjaya dapat menyesuaikan diri.
Kehidupan di PLKn sangat mencabar dan memenatkan bagi aku. Apa yang penting sepanjang di PLKN adalah pengurusan masa. Betulah mahu mencari masa yang sesuai untuk membasuh baju, sidai baju dan mandi. Paling aku tidak tahan, Kawad pada pukul 2.30-4.30 petang. Bayangkan kawad ketika matahari tengah naik, mana tidaknya aku pengsan. sudahlah aku ni lelaki. Perasaaan malu tidak dapat dibendung. Sunblock satu botol pun tidak mampu menanggung sinaran uv. Jadi muka aku sekarang ini amat sadis kalau dilihat. bebrbelang sana-sini



sekiranya ditanya tentang keseronokan apabila menjalani latihan ini, akan ku jawab masuklah latihan dulu. setelah tamat latihan baru dapat disimpulkan. sekian terima kasih.

Wednesday, 6 November 2013

Dapat Tawaran Belajar Tapi Tak Minat Khursus

sudah masuk bulan september. Masa begitu cepat berlalu. Sudah tiga per empat dari dua belas tahun ini. sekarang semua universiti sedang menerima kemasukan pelajar-pelajar baru. tahniah diucapkan buat adik-adik yanng berjaya melanjautkan pelajaran ke menara gading. Semoga peluang yang diterima ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk mengutip segala ilmu yang bakal dipelajari

Bukan semua bertuah dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA. Ada sesetengah daripada rakan saya antara yang terpilih. Ada ramai lagi yang teringin mahu masuh IPTA tetapi tiada rezeki dan terpaksa sambung belajar di kolej atau IPTS yang mana memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. jadi syukurlah dengan nikmat tersebut. jangan sia-siakan.


Buat pertama kali aku ke menara gading muka yang masih lagi awet  muda. Penulisan kali ini mahu berkongsi pendapat tentang kursus pembelajaran yang ditawarkan pula buat yang berjya masuk universiti. Selalunya apabila ditawarkan ke IPTA ini, ada yang dapat kursus yang memang diminati dan ada yang pula dapat kurus yang langsung tidak dijangkakan. tidak dijangkakan maksudnya dalam 8 pilihan yang diberikan semasa isi borang permohonan itu adalah pilihan yang terakhir dan mungkin langsung dan tidak ingat pun yang kursus tersebut tersenarai dalam pilihan.  bagi mereka yang mendapat kursus yang emmang diminati tentulah beruntung dan seronok hendak menempuh alam pengajian. macam mana pula bagi mereka yang dapat khursus tidak diminati? kompom-kompom rasa sedih menguasai diri.
Sebenarnya bagi yang mendapat tawaran kurusus yang tidak diminati ini boleh membuat dua pilihan sebelum akur dengan keputusan yang bakal diambil. samada terima tawaran dan meneruskan pengajian atau tolak tawaran dan pohon kursus yang diminati di kolej swasta atau IPTS. tetapi rugilah kan dapat masuk IPTA tetapi tolak pula. akhir sekali aku cuba meminati kursus dan encintai kursus aku iaitu PROGRAM PERSURATAN MELAYU. pada awalnya aku pohon PROGRAM KERJA SOSIAL. Tetapi rezeki Allah telah meletakkan aku untuk terus berusaha dan mempelajari bidang ini. Aku sangat bahagia dan gembira bersama rakan sekelas yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar.







Air Terjun Sungai Tekala, Selangor.

Terakhir kali aku mandi di sungai masa tamat tingkatan lima, itu pun sebab ikut rombongan kawasan perumahan di Pekan, Pahang. Rasa teringin mahu mandi sungai itu sudah lama aku simpan sejak habis sekolah, masuk kolej dan semalam adalah saat yang indah. Orang lain berhibur selepas tamat peperiksaan, aku dengan rakan sekelas memang gemar berhibur sebelum tamat peperiksaan sebab habis sahaja peperiksaan, masing-masing sudah sibuk mahu balik bercuti ke rumah masing-masing. Heh, jadi semalam terlaksana sudah hajat hendak bermandi-manda di sungai.

 Pada mulanya kami mahu pergi ke Sungai Gabai. Sungai Gabai ini masuk dalam lagi dari Sungai Tekala, kiranya memang akan jumpa Hutan Rekreasi Sungai Tekala dulu dari Sungai Gabai, tapi rezeki kami bukan di situ. Sungai Gabai ditutup kerana ada tanah runtuh. Mahu tidak mahu, kami terpaksa berpatah balik dan terus ke Sungai Tekala.




Perjalanan menuju ke sungai yang lebih dalam adalah dengan menaiki tangga yang boleh mengeluarkan rembesan peluh yang tidak terkata, penatnya ! Dah lama tidak mendaki tempat tinggi-tinggi macam ni.

Tapi kepenatan itu hilang apabila nampak air terjun yang menggoda, rasa mahu terjun tiruk

 .Ya Allah, nikmatnya mandi sungai..

Mandi sungai, badan aku asyik tidak stabil . Banyak kali juga pegang baju kawan untuk stabil. HAHAHAHA. Lama sangat tidak mandi sungai sampai tak tahu macam mana mahu duduk diam-diam dalam sungai. sudahla kepala asyik kena tenggelam, minum air sungai banyak kali. Asyik kena buli dengan rakan.  Taubat tak nak menakal lagi untuk akan datang.

ohh idamanku !!




SUDAH lebih seminggu model terbaharu Proton, Prevé dilancarkan ke pasaran tempatan. Soalan yang saya terima daripada rakan-rakan juga semakin banyak. Ada yang tidak sabar untuk mencuba. Malah tidak kurang juga yang masih ragu-ragu sama ada patut atau tidak untuk memilikinya. 
Impak Prevé nyata lebih besar berbanding model-model keluaran Proton sebelum ini. Senario itu banyak disumbang oleh kempen media rasmi dan tidak rasmi sejak model itu masih menggunakan kod P3-21A lagi. 
Apa pun, sedan itu memang layak menerima semua perhatian tersebut. Sebabnya, Prevé mewakili era baharu produk Proton yang didakwa sudah sedia untuk meneroka pasaran lebih besar. Jadi, sudah tentulah ramai yang tidak sabar-sabar hendak tahu sebagus manakah Prevé. 
Saya mengikuti program pandu uji Prevé ke Kuantan, Pahang pada awal minggu ini. Tidak keterlaluan juga jika saya katakan bahawa sesi tersebut mengubah persepsi ramai peserta program berkenaan terhadap model global pertama Proton itu. 

Sebagaimana yang dapat dilihat dengan jelas, Prevé menampilkan arah tuju atau gaya rekaan baharu produk Proton. Walaupun ada yang menyatakan rekaan itu selamat dan ketinggalan zaman, ramai juga berpendapat bahawa ia kelihatan segar, maskulin serta mampu menarik perhatian. 
Secara asasnya, kami berpeluang memandu uji Prevé selama dua hari. Hari pertama jaraknya lebih pendek dan lebih fokus kepada usaha merakam gambar terbaik serta menepati tema pertandingan fotografi yang dianjurkan oleh Proton. Sementara hari kedua pula, kami memandu pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur melalui jalan-jalan kampung dan lebuh raya.
Fabrik tidak telus air

Dua varian Prevé iaitu 1.6 CFE Premium dan manual lima kelajuan tersedia untuk diuji. Untuk ruangan pandu uji kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman memandu model manual sahaja. Untuk pandu uji varian 1.6 CFE Premium, akan saya siarkan tidak lama lagi. 
Secara jujurnya, memang ada ekspektasi tertentu yang diletakkan ketika memegang stereng Prevé 1.6 manual tersebut. Masuk sahaja di dalamnya, pemandu dan penumpang akan dapat melihat peralatan atau cirinya tidaklah semeriah apa yang ada pada model 1.6 CFE Premium. 
Papan pemukanya nampak ringkas. Tidak banyak butang kawalan dan ruang itu seolah-olah dibazirkan. Mungkin lebih baik jika ruang kosong itu boleh menempatkan barang-barang seperti kad Touch n Go, Smart Tag atau telefon bimbit. Saya juga sukakan unit audio yang mudah dioperasi berbanding sistem yang ada pada model lebih mahal. 

Pendek kata, untuk menghargai Prevé 1.6 manual, kenali dulu karekter enjin, limitasi dan kemampuan sebenarnya. Sebaik sahaja anda faham mengenainya, jentera itu memang boleh membuatkRamai yang mahukan tempat duduk dibalut dengan material kulit. Namun, bagi saya fabrik tidak telus air berwarna hitam itu sebenarnya sudah cukup bagus dan selesa untuk mengharung perjalanan yang jauh. Bagi penumpang belakang, mereka pasti berpuas hati dengan ruang kaki dan kepala yang luas. 
Saya tidak ada isu dengan kualiti pemanduan dan pengendalian Prevé. Sedia maklum bahawa Proton mahir dalam bidang itu. Malah, kualitinya jauh lebih baik kalau hendak dibandingkan dengan model-model sekelasnya sama ada buatan Jepun mahupun Korea. 
Kerangka kukuh yang dikenali sebagai RESS (Reinforced Safety Structure) itu bertindak sewajarnya. Dipadankan dengan sistem suspensi hadapan jenis topang MacPherson dan multi-link bersama bar penstabil, olengan tubuh adalah minimum, biarpun varian itu tidak dipasang dengan Electronic Stability Control (ESC) atau sebagainya. Melayan selekoh masih menyeronokkan walapun kadang-kala terasa maklum balas sterengnya kurang tepat. 
Jika anda mengharapkan enjin 1.6 IAFM itu mampu memberikan kuasa setiap kali pedal minyak ditekan, anda mungkin kecewa. Enjin itu bukanlah terlalu berkuasa yang mampu menawarkan kuasa serta-merta. 
Jadi, pemandu perlu rajin dan bijak untuk merasai tujahan kuasanya. Jarum rpm perlu berada takat 5,000rpm ke atas. Pada ketika itulah anda dapat merasai kuasa enjin Campro tersebut.
Ketika memotong, adakalanya timbul sedikit kebimbangan. Selain enjin itu perlu diperah, ada masanya gear pula sukar untuk dimasukkan. Terutama jika hendak menukar ke gear rendah, misalnya dari gear lima, ke gear empat dan tiga. 
Proton nampaknya mendengar maklum balas daripada pengguna versi manual sebelum ini. Antara perubahan yang dibuat adalah tolakan gearnya lebih pendek. Pedal klacnya juga agak lembut dan tidak memenatkan jika terperangkap dalam kesesakan jalan raya. 
Saya harus beri pujian kepada brek yang sangat meyakinkan dan cemerlang. Walaupun membrek dengan keras, roda tidak terasa dikunci serta-merta. Harus tahu bahawa sistem brek itu menjanjikan jarak pemberhentian paling pendek jika dibandingkan dengan model lain sekelas dengannya. 
an anda tersenyum. Secara tidak langsung, ia juga seolah-olah boleh mengembalikan nostalgia memandu Proton Wira 1.5 manual.