Tuesday, 24 September 2013

Jumpa Hantu


Kisah ini berlaku semasa aku berumur 10 tahun ketika dalam darjah 4. pertama sekali seboleh-bo

lehnya aku jangan memohon agar Allah S.W.T bukakan hijab pandangan mata untuk melihat 

untuk melihat perkara-perkara yang ghaib atau menuntut apa-apa ilmu untuk melihat yang     

ghaib . Dari pengalaman saya makhluk yang bergelar hantu boleh dirasai kehadirannya dengan 

meremangnya bulu tengkuk dan bulu roma manusia.




satu kisah pada satu malam oleh kerana ingin solat tanpa menganggu ahli keluarga lain lampu 

bilik lain tiada dibuka cuma cahaya samar-samar dari bilik sebelah.


Pada rakaat pertama terasa macam keadaan seperti biasa, tetapi setelah berdiri semula pada 

rakkat kedua terasa meremang bulu roma dan tengkuk dan kelihatan dari ekor mata kanan

berdiri disebelah aku merupakan satu lembaga bagaikan tunggul yang hodoh rupanya 

( tidak sama seperti gambaran cerita-cerita hantu dalam filem atau TV ). Lembaga itu hanya

berdiri kaku tanpa bergerak.
     

Dalam beberapa saat kemudian, ia pun hilang dengan sendirinya.

Lembaga seperti hantu hanyalah jelmaan iblis, jin dan syaitan. Aku kuatkan semangat apabila

diduga bertemu dengannya. Bacaan terbaik adalah adalah Ayatul Kursi tetapi apabila berada 

dalam solat kuatkan sedikit takbir dan bacaan ayatnya.

Wallahu a' alam






                                         

Friday, 20 September 2013

Penangan Rotan !!!!





Kalau cakap tentang pengalaman kena denda di sekolah, aku rasa ramai juga yang ada pengalaman kena denda di sekolah dulu . Tidak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah . Biasalah zaman budak-budak, nakal  orang kata nakal-nakal manja, perasan dah jadi dewasa. Antara kesalahan yang paling popular dulu sehingga tercetusnya pengalaman kena denda di sekolah dulu adalah buat bising, tak buat kerja sekolah, ponteng kelas dan masalah disiplin.

Aku yang pernah 'menjawat jawatan' pelajar sekolah suatu ketika dahulu juga tidak lari daripada menimba pengalaman kena denda di sekolah yang kini menjadi pengalaman manis buat aku...manis ke kena denda....? . Aku dulu sewaktu menjawat jawatan sebagai pelajar sekolah, bukanlah seorang yang baik sangat, juga tidak juga nakal sangat. Suam-suam kuku orang kata. Disebabkan 'tidak baik sangat' tu lah yang telah mengakibatkan aku didenda dan ianya merupakan pengalaman kena denda di sekolah yang paling tidak dapat aku lupakan.

Pengalaman kena denda di sekolah yang aku mahu kongsikan ni berlaku sewaktu aku disekolah menengah. Sekolah rendah aku tidak ingat pernah kena denda atau tidak, rasa macam tak pernah. Aku pun tak ingatlah macam mana waktu tu aku boleh terbuat kesalahan tu. Dan semestinya aku tidak keseorangan, aku berdua dengan salah seorang rakan baik aku sebab aku ini jenis penakut sikit bab-bab buat salah . Rasa seram sejuk sahaja badan apabila buat salah. Apabila ada kawan tu, boleh kongsi seram sejuk itu kan. 

Kesalahan yang aku maksudkan adalah...........Ponteng kelas!!!!  Macam mana  aku boleh ponteng kelas?Itulah pengalaman aku ponteng kelas yang pertama dan yang terakhir aku sepanjang menjawat jawatan pelajar sekolah. 

3 Mei 2000, jam 4 petang. Disebuah kelas yang hanya ada aku dan seorang kawan aku sahaja.
Aku : Malas pula aku hendak masuk makmal Sains ni... kawan lain semua sudah masuk . Hang nak masuk tak Lut?
Kawan aku : Aku rasa macam malas jugak ini. mengantuk pula.
Aku : Tak payah masuk . Kita tidoq ja dalam kelas ni....
Kawan aku : Orait...
(Berselang 10 minit kemudian...................................)
Aku : Wei Lut!!! Cikgu Wan Cikgu Wan!!!Nyorok-nyorok!!
(Umpama tikus yang cuba melarikan diri dari seekor kucing!!Aku dan kawan aku itu menyumbatkan diri menyorok dibawah meja guru. Cikgu Wan, seorang cikgu perempuan yang sememangnya digeruni di sekolah aku  kerana kegarangannya!)
Kawan aku : Hang rasa cikgu Wan nampak kita tak?
Aku : Aku pun tak tahu, harap-harap dia tak nampak la... Shh...Diam-diam
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tiba-tiba satu suara yang amat dikenali bergaung dalam satu bilik kelas tu!!Umpama halilintar 
"Woi!!Hampa buat apa kat bawah meja tu!!!Keluaq sebelum aku hambat hampa sekoq sekoq!!!!!!"
Aisyeyyyyy..... Kantoi la pula..... kali pertama buat jahat, terus kantoi!!!
Cikgu Wan : Hampa buat apa kat dalam kelas ni? Mana kawan-kawan lain? La ni waktu apa??
(Aku dan kawan aku menundukkan kepala sambil saling mengenyitkan mata dan memuncungkan mulut bagai nak bercium antara satu sama lain mencari helah untuk melepaskan diri)
Cikgu Wan : CAKAP!!!!!
Kawan aku : O mak kau terkejut!! Kawan-kawan lain pergi makmal Sains cikgu!!
Aku : Gulp!!! (Bunyi air liur tak lepas kat tekak :P )
Cikgu Sains : Oo....Waktu Sains la niiiii....... Awat hampa kat sini? Tak masuk makmal??!!!Ponteng!!!
Aku : Sebab saya tak nak jadi doktor cikgu. Takut ngan darah. hehe
Aku dan kawan aku : Errrr.....
Cikgu Wan : Ikut aku!!!
Aku dan kawan aku dibawa berjumpa dengan guru disiplin sesi petang, juga seorang guru Sains, kami panggil dia cikgu Mat Spring sebab rambut dia yang kerinting baik punya macam spring.. hehehe
Apalagi tanpa banyak soal......Kuarkan dompet masing-masing......letak atas meja, sambil menonggekkan sedikit punggung yang tidak berisi.... PRIAPPPP!!!!!! Fuyyyoooooo........ Nikmat woooooo kena rotannnn...... Habis tegak semua bulu-bulu kat tubuh badan aku. hahahaha. Nasib baik tak berbirat....! selepas kena rotan itu, aku dan kawan aku terus diarah masuk makmal Sains yang hanya bersebelahan sahaja dengan bilik aku dirotan tadi... Dengan muka selamba babai yaro... Masuklah aku dan kawan aku tadi ke makmal Sains dengan muka selamba.....

Itulah antara pengalaman kena denda di sekolah yang tidak dapat aku lupakan sampai sekarang. Ada lagi pengalaman kena denda di sekolah, tapi yang lain tu biasa-biasa sahaja lah.... Kena denda duduk luar kelas...denda kena cubit...


Pengalaman kena denda di sekolah....pengalaman kena hukum di sekolah.... Aku macam pelik.

----------------------------------------------------------------------------------------------




SPA8 MENGGELETAR


Salam satu Malaysia. Saya sudah selesai menjalani sesi temuduga untuk jawatan  Penolong Pembantu Tabika gred N27 pada hari  5 Jun 2009, pada pukul 8 pagi, di Pusat Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Bilik temuduga di aras 2 dan nombor bilik temuduga B manakala nombor giliran 403 iaitu calon yang kedua untuk bilik temuduga B.


Ini adalah pengalaman pertama saya mendapat tawaran temuduga daripada SPA8. Walaupun tidak ada pengalaman sebelum ini, tapi saya telah mencuba untuk mendapatkan jawatan ini. Ianya tidaklah semudah yang saya sangkakan dan tidaklah sukar untuk hadir ditemuduga seperti yang saya gambarkan. Sesi temuduga yang dijalankan sangat teratur dan setiap calon diberikan nombor mengikut turutan seperti anda berada di bilik menunggu nombor giliran dipanggil.



Sebagai perkongsian yang ikhlas daripada saya kepada anda yang akan menghadiri temuduga PPT N27 ini, saya akan ceritakan daripada mula sesi temuduga sehingga tamat. Semoga pengalaman saya akan membantu anda untuk menjadi calon yang lebih baik dan terbaik untuk jawatan idaman anda ini, insyaAllah.



pengalaman temuduga
Pusat Temuduga SPA Jalan Cenderasari Kuala Lumpur
Pengalaman Temuduga Di SPA Jalan Cenderasari



Saya bertolak dari rumah pada pukul 6.45 pagi dan sampai di Jalan Cenderasari pada pukul 7.15 pagi. Saya mengambil keputusan untuk mengambil sarapan pagi dulu di warung kopi berdekatan sebelum pergi ke pusat temuduga. Sambil bersarapan saya membaca Harian Metro dan Berita Harian untuk mengetahui isu semasa terkini seperti yang disarankan oleh kawan - kawan dan blogger - blogger yang memberikan tips dan panduan untuk jawatan PPT N27 ini. Pada masa yang sama saya membaca nota - nota yang saya buat sendiri mengenai skop jawatanPenolong Pembantu Tabika N27.



Jam menunjukkan 7.35 pagi, saya bergerak ke bangunan SPA yang sangat dekat dengan lokasi tempat letak kereta dan warung kopi. Saya terus ke aras 2 seperti yang diarahkan oleh seorang lelaki yang manis memberi senyuman ikhlas yang berada di depan pintu masuk pusat temuduga. Saya kira beliau adalah pekerja di situ samada pengawal keselamatan atau sebaliknya kerana dia tidak memakai seragam hanya t-shirt merah dan berseluar slack.



Saya diminta meletakkan surat tawaran di dalam kotak yang disediakan di depan pintu masuk kaunter pendaftaran oleh Pegawai yang bertugas. Saya merasakan saya paling awal sampai, rupanya sudah ramai yang berada di situ lebih kurang dalam 50 orang. Tetapi kebanyakkan daripada mereka adalah perempuan manakala lelaki tidak lebih daripada 10 orang.



Nama saya dipanggil untuk menyerahkan dokumen penting seperti resume dan salinan sijil - sijil seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran. Pegawai yang memanggil saya seorang perempuan, raut wajah manis dan sangat serius tanpa memberi senyuman balas kepada saya. Mungkin tekanan kerja atau stres yang membuatkan beliau 'moody'. Saya abaikan perkara tersebut, saya diberikan nombor giliran B403 dan diarahkan pergi ke aras 2 iaitu di ruangan menunggu untuk temuduga di bilik temuduga B.



Semasa menunggu saya berkenalan dan bersalaman dengan calon - calon lain yang berada di situ. Ada yang berumur 40 tahun lebih segak bergaya dan cantik, dan ada yang muda, yang memberi tumpuan kepada nota - nota yang dibawa. Mereka semua tidak sombong dan memberi senyuman serta sapaan. Bermulanya sesi perkenalan dan sesi bertukar nombor telefon. Inilah hikmahnya disebalik tawaran temuduga ini, walaupun belum tentu samada berjaya atau tidak, saya telah mendapat kenalan baru, baik dari lelaki dan perempuan.



Calon temuduga di situ, masing - masing berkongsi tips dan panduan temuduga semasa menunggu giliran. Ya, mereka tidak kedekut ilmu dan daripada mereka yang berpengalaman iaitu yang berkerja jawatan kerajaan, barulah saya tahu 'apa itu fail meja?'. Terima kasih Kak Fauziah kerana berkongsi tips dan pengalaman.



Pada pukul 8.25 pagi, nombor giliran saya telah terpapar di skrin hitam yang bertulisan merah di depan pintu temuduga. Jantung mula berdebar kencang dan saya masuk serta memberi salam, saya dapati 2 orang lelaki iaitu wakil panel temuduga. Seorang yang agak berumur dalam lingkungan 40an dan seorang lagi sangat muda, saya kira 30an. Raut wajah mereka sangat serius dan memandang tepat kepada saya. Saya diarahkan duduk dan diminta perkenalkan diri dan senaraikan tugas yang saya lakukan sekarang. 

Show less
1

Keperitan Jawi



salam rakan seperjuangan. Semua orang lelaki islam mesti kena sunat punyalah. Apabila bersunat mesti setiap lelaki akan ada cerita yang berlainan…termasuk jugak aku. Aku mula bersunat ketika cuti panjang darjah satu nak ke darjah dua…kira tolak tambah aku umur 8 tahun la masa tu. Ada yang kata aku bersunat lambat, ada yang kata biasa la tu dan ada juga yang kata boleh tahan awal.

Klinik Sulaiman Jerantut tempat aku disunat. Aku adalah mangsa pertama pisau potong tu… Bukan nak bangga lah kan…pembantu jururawat yang layan aku sampai baring di kerusi “panas” tu. Dia jugak yang selak kain pelekat aku tapi, keasyikkanku terhenti apabila kehadiran doktor lelaki yang nak menyunat aku ni. Dengan kasar, jururawat menyapu cecair tahan sakit atau ubat kebas di bahagian tertentu dan tanpa mengira 1,2,3 aku “di cucuk” bius…
Aku mengaku, aku ni penakut masa kecil-kecil……bila dah kena “cucuk” tu mula la darah menderau naik ke kepala… masa doktor itu mengambil pisau untuk melakukan pembedahan, aku sudah mula mengalir air mata. Berkilat  hingga menyilaukan retina mata aku melihat pisau tu. pertama kali “slice” aku dah mula menangis. Takutlah katakan…menangis sampai doktor tak boleh menjalankan kerja pemotongan i tu dengan baik dan selamat. Akhirnya doktor suruh jururawat bawa masuk atok ngan mak aku masuk bilik pemotongan bagi menenangkan aku……konon…

Doktor berharap aku senyap kalau melihat mak dengan atok aku ini tetapi ternyata idea dan cadangan doktor itu meleset. Aku menambahkan lagi kekuatan vokal aku tu lagi adalah…mengharapkan mak aku membatalkan proses itu tetapi mana bolehh…sudah kena potong sebahagian… Walaubagaimanapun si doktor ni tetap meneruskan proses pemotongannya. Aku melihat bagaimana dia membetulkan pisau potong ke atas “bahagian” aku. Melihatkan keadaan itu, aku menambahkan lagi kekuatan vokal aku dan kali ini lparas vokal aku dah lagi hebat dari Ning Baizura. Kali ni alasan aku…SAKITT!!!! Dengan riaknya, doktor menambah lagi satu bius…namun aku masih bersuara.

Kalau sahabat mahu tahu, mak aku ni alah pada bau ubat bius ni…mesti pengsan kalu bau ubat bius dan mak aku memang pengsan. Memang kecoh masa…kesian mak aku. Masa itu aku dah terdiam dah…dan masa  itu jugaklah doktor ambil kesempatan untuk memotong. Mentang-mentang ada  jururawat yang tolong mak aku…. walaubagaimana pun atuk aku memang biasa sahaja...dia anggap macam tiada apa berlaku…senyuman terbentuk… Dan dalam kekecohan tu, selesailah jugak proses berkhatan aku tu.

Aku berjalan terkengkang-kengkang sambil memegang kain pelikat aku, dan dalam perjalanan ke kereta, ketika itulah aku melihat ada lagi yang menunggu untuk bersunat. Akan tetapi, ketika aku disunat, telinga mereka ni semua dah diperdendangkan dengan lagu-lagu “girang” aku kat dalam tu. Ada yang pucat dan ada jugak yang dah mula menangis tidak kurang jugak ada yang sabar … mungkin hati kering…
Sekarang ni aku dah besar dan aku tengok teknologi bersunat ni dah seiring ngan arus kemodenan yang ader. Pakai laser…sakit pun tidak dan tidak payah balut pun. Seminggu bersunat dah boleh terus bermain bola di padang. Memori macam ni bukanlah cerita yang kita mahu  sorok tapi patut kita cerita kepada generasi sekarang terutamanya. Akhir kata, selamat bercerita dan selamat bersunat pada yang belum, hahaha! 

Show less